Roberto Di Matteo menegaskan Chelsea masih mampu meningkat ketika
juara Eropah itu menyasarkan untuk mengukuhkan cengkaman di persada Liga
Perdana Inggeris.
Blues berdepan Norwich City di Stamford Bridge malam ini dengan
rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan pertama dan dua mata di depan
pasukan tangga kedua liga.
Kemenangan ke atas Arsenal hujung minggu lalu membuktikan kekuatan mereka dan keputusan itu lebih bermakna apabila selepas itu Manchester United kecundang di tangan Tottenham, menyebabkan pasukan kendalian Alex Ferguson ketinggalan empat mata.
Perebutan kejuaraan dijangka hangat dalam beberapa bulan akan datang
namun pasti satu kejutan besar sekiranya Chelsea tidak mengekalkan
kelebihan itu selepas bertemu Norwich yang belum melakar kemenangan
musim ini dan dibelasah 5-2 di gelanggang sendiri oleh Liverpool minggu
lalu.
Persembahan tidak menentu Chelsea menentang FC Nordsjaelland di Denmark pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara mungkin menjadi alasan kenapa Di Matteo percaya pasukannya belum mempamerkan taring sebenar walaupun keputusan 4-0 sudah terlalu selesa buat mereka.
Sebahagian alasan permulaan cemerlang Chelsea adalah kerana dua pemain yang dibeli musim panas lalu, Oscar dan Eden Hazard pantas menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak Inggeris.
Kedua-duanya melakukan impak berkesan dan kemunculan mereka disambut
baik Ramires yang percaya memperoleh manfaat daripada kehadiran rakan
sepasukan kebangsaan Brazil, Oscar.
Ramires menjaringkan gol di Denmark, gol pertama sejak lambungan menakjubkan pada separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Nou Camp musim lalu, dengan golnya dicipta hasil gerakan Oscar.
“Saya perlu berterima kasih kepada Oscar kerana hantaran menakjubkan
itu dan saya harap gandingan kami akan terus menjadi buat Chelsea dan
pasukan kebangsaan.” Gol itu juga melegakan Ramires kerana dia tidak
bertanggungjawab untuk menjaringkan gol.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan