Roberto Di Matteo menyokong keputusan ahli lembaga pengarah Chelsea
membenarkan John Terry kekal sebagai kapten kelab sekalipun didapati
bersalah meluahkan kata-kata berbaur perkauman.
Terry terlepas aksi kemenangan 4-2 Chelsea ke atas Tottenham di
gelanggang lawan kelmarin, yang mengekalkan rekod tanpa kalah mereka
dalam Liga Perdana sekali gus mendahului empat mata di depan dalam carta
liga, ketika dia memulakan penggantungan empat perlawanan dikenakan ke
atasnya selepas bertelagah dengan pemain QPR, Anton Ferdinand, Oktober
tahun lalu.
Namun Pengerusi Blues, Bruce Buck mendedahkan sebelum perlawanan itu hukuman dalaman kelab itu terhadap Terry hanyalah denda berat dan tidak akan melucutkan tugasnya sebagai kapten.
Di Matteo menerima baik tindakan itu ketika mengakui keputusan terletak di bahu ahli lembaga pengarah.“Lembaga pengarah sudah membuat keputusan dan saya menghormati serta menyokong keputusan mereka,” katanya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan