25 Oktober 2012

Mahu balas dendam ke atas Shakhtar - RDM

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo terus mengalihkan tumpuan menghadapi perlawanan timbal balik menentang Shakhtar Donesk selepas skuad bimbingannya diaibkan 2-1 oleh juara Ukraine itu pada perlawanan Kumpulan E, Liga Juara-Juara, awal pagi semalam. 


Chelsea seperti mengejar bayang-bayang sendiri pada perlawanan di Donetsk Donbass Arena itu walaupun berjaya meraih gol sagu hati menerusi bintang Brazil Oscar pada minit ke-88 tetapi masih gagal menerima kenyataan betapa tuan rumah lebih menyerlah untuk muncul pemenang.

Pasukan kendalian Mircea Lucescu itu kini selesa tiga mata di atas carta mendahului juara bertahan Chelsea dalam Kumpulan E, sebelum pertembungan semula di Stamford Bridge 7 November nanti.

“Anda perlu membuat analisis prestasi pasukan Shakhtar dengan betul,” kata Di Matteo yang membawa Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu. “Mereka adalah pasukan yang kuat, terutama di laman sendiri dan mereka mempamerkannya malam ini (awal pagi semalam).

“Perlawanan Liga Juara-Juara selalu sukar dan terlalu kompetitif. Anda hanya perlu lihat keputusan dicipta dalam kumpulan kami untuk menilainya. Tetapi kami boleh melakukannya dengan lebih baik sebagai satu pasukan. Kami masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan seterusnya tetapi kami perlu menang dalam perlawanan seterusnya di laman sendiri ke atas Shakhtar.”

Gol Oscar yang juga jaringan ketiganya musim ini, hanya mencetuskan kegembiraan seketika selepas Chelsea kehilangan Frank Lampard yang dilanda kecederaan pada penampilan ke-100 dalam pentas UEFA untuk kelab. Dua gol Shakhtar dihasilkan Alex Teixeira seawal minit ketiga dan Fernandinho pada minit ke-52.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...