Daniel Sturridge berharap dapat meninggalkan Chelsea pada musim
perpindahan pemain Januari ini dalam usaha merampas kembali tempatnya
dalam skuad England.
Sturridge, 23, tidak lagi menjadi pilihan utama di Stamford Bridge
sejak Roberto Di Matteo mengambil alih tugas sebagai pengurus.
Dia hampir meninggalkan kelab itu pada musim panas lalu tapi Sturridge mahu perpindahan secara kekal yang menyaksikan usaha meminjamkannya kepada Liverpool menemui kegagalan pada hari terakhir perpindahan Ogos lalu.
Penyerang England itu bagaimanapun berasa kecewa kerana gagal
mendapat tempat dalam kesebelasan utama sejak beberapa minggu lalu. Dia
hanya bermain selama 31 minit pada saingan Liga Perdana Inggeris musim
ini dan memikirkan semula masa depannya.
Chelsea mungkin sedia melepaskan Sturridge dalam usaha menambah dana bagi membeli penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao yang sedia meninggalkan kelab itu andai ada yang sanggup membayar 46 juta (RM225 juta).
Atletico sudah menyatakan kesediaan menjual pemain bintang mereka itu dalam usaha melunaskan hutang dan Chelsea mahu mempertajamkan bahagian serangan, terutama selepas kegagalan Sturridge memikat hati Di Matteo.
Sturridge lebih berminat beraksi di bahagian tengah tapi sering diletakkan di posisi sayap bersama Chelsea.
Pengurus England, Roy Hodgson sering menilai prestasinya dan Sturridge yang beraksi untuk Britain pada kempen Sukan Olimpik berharap dapat beraksi pada kempen kelayakan Piala Dunia.
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers masih berminat mendapatkannya
tapi ketika Sturridge lebih berminat untuk berpindah ke Arsenal,
pengurus Gunners, Arsene Wenger dilihat belum menyatakan pandangannya
mengenai pemain itu.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan