Tonggak pertahanan Chelsea, Ashley Cole bersedia meninggalkan
Stamford Bridge pada penghujung musim ini sekiranya gagal mencapai kata
putus berhubung lanjutan kontrak baharunya bersama kelab itu.
Ketika ini, Cole dilaporkan enggan menandatangani kontrak lanjutan selama setahun seperti mana yang ditawarkan The Blues
dan bersedia mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab terkemuka
Eropah seperti Real Madrid dan Paris Saint-Germain pada Januari depan.
Pengendali Manchester United, Alex Ferguson juga dikatakan telah lama
meminati Cole ketika pemain itu masih lagi bersama Arsenal sebelum ini.
Difahamkan, tonggak pertahanan skuad antarabangsa England itu dilapor
tidak berpuas hati dengan polisi baharu Chelsea berkaitan pemain
berusia lebih 30 tahun yang hanya ditawarkan tempoh lanjutan kontrak
yang singkat.
Begitupun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Cole berhubung perkara itu setakat ini.Selain Cole, 31, kontrak seorang lagi 'kuda tua' The Blues, Frank Lampard, 34, juga cuma berbaki setahun sahaja lagi.
Jika Cole dan Lampard kekal dengan keputusan meninggalkan Stamford
Bridge kali ini, ia bermakna pemilik kelab, Roman Abramovich dilihat
tidak lagi berminat untuk mengekalkan barisan pemain yang sama ketika
mereka berjaya mendakap trofi Liga Juara-Juara musim lalu.
Abramovich sebelum ini secara terbuka menyalahkan pemain Chelsea
sebagai punca mengapa bekas pengurus, André Villas-Boas dipecat pada Mac
lalu.
Abramovich juga pernah mengugut pemain Chelsea supaya kembali bangkit
melakar kejayaan sebelum mereka akhirnya berjaya menjulang Piala FA dan
Liga Juara-Juara.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan