Di Matteo menyalahkan pengadil perlawanan yang didakwa silap membuat
keputusan sehingga menyebabkan pasukan itu tewas 2-3 kepada Manchester
United.
Pengendali Chelsea itu berang apabila pengadil Mark Clattenburg
mengarahkan Fernando Torres keluar padang, malah tidak membenarkan
jaringan ketiga The Blues yang dikatakan offside.
Bagaimanapun, keputusan berlaku sebaliknya apabila Clattenburg
membenarkan jaringan kemenangan Red Devils yang jelas sudah offside
berdasarkan siaran ulang tayang menerusi televisyen.
“Tindakan pengadil mempengaruhi keputusan perlawanan hari ini.
Sepatutnya bukan Torres yang dilayangkan kad merah, tetapi Jonny Evans
yang jelas melakukan kekasaran.
“Bahkan hantaran Rafael kepada Javier Hernández sebenarnya sudah
offside, tetapi pengadil tidak mengambil sebarang tindakan dengan
membenarkan jaringan itu.
“Saya sudah bercakap dengan pengadil dan beliau akan melihat semula
video perlawanan. Bagaimanapun, keputusan tetap tidak boleh diubah dan
ia sangat mengecewakan kami,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan, Di Matteo mengakui mereka bermula agak
perlahan pada babak pertama sebelum kembali bangkit menerusi jaringan
pertama dari Mata.
“Pada mulanya saya percaya pemain masih mampu mencatat kemenangan
walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang. Namun, kehilangan Torres
menambah kesukaran kepada pasukan,” katanya.[sumber]
*Ref pencacai tua angkat najis MUnyet
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan