David Luiz mahu Chelsea memanfaatkan penyingkiran Manchester
United daripada Liga Juara-Juara kepada Real Madrid apabila kedua-dua
pasukan itu bertemu di suku akhir Piala FA, Ahad ini.
United masih jauh mendahului Liga Juara-Juara tetapi mengalami
kekalahan pertama sejak Disember lalu di tangan Real. Kekalahan 2-3
secara agregat itu meninggalkan kesan pahit kepada United yang kecewa
apabila penyingkiran Nani secara kontroversi itu memberi impak terhadap
perlawanan mereka.
Luka itu pastinya masih dirasai di Old Trafford Ahad ini dan Luiz mahu terus melukakan Red Devils.“Memang
sukar apabila anda tersingkir daripada kejohanan hebat seperti Liga
Juara-Juara kerana keyakinan anda tidak sama lagi selepas itu,” kata
Luiz.
“Kegembiraan di Manchester United pastinya tiada lagi dan Chelsea
akan menggunakan kesempatan ini untuk menang perlawanan Ahad ini. United
akan bermain di laman sendiri tetapi beberapa pemain dan penyokong akan
menganggap ia bukan Liga Juara-Juara dan ia pasti sukar untuk mereka
kembali ke tahap sama.”
Sebelum menentang United, Chelsea perlu berdepan Steaua Bucharest dalam saingan Liga Europa.
Juara bertahan Liga Juara Juara itu berdepan kesukaran terpaksa bersaing dalam kejohanan peringkat kedua di Eropah selepas gagal mempertahan gelaran itu sebelum Krismas dan tetapi Luiz yakin mereka boleh memanfaatkan kekecewaan itu untuk meraih lebih banyak kejayaan.
Dalam perkembangan lain, Chelsea mungkin tersingkir daripada Liga Juara-Juara, di tangga keempat Liga Perdana Inggeris dan tidak mempunyai pengurus sepenuh masa tetapi kelab itu adalah kelab bola sepak terbaik dunia ketika ini.
Ia hasil daripada ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS).
Kumpulan itu ditubuhkan pada 1984 di Jerman dengan kebenaran FIFA dan mengeluarkan ranking kelab bola sepak dunia sejak 1991.
Ranking itu mengambil kira keputusan dalam tempoh 12 bulan dalam perlawanan dalam benua dan antara benua, perlawanan liga kebangsaan (termasuk play off) dan piala nasional paling penting (tidak termasuk mata diperoleh sebelum pusingan kedua).
Bagaimanapun ranking terkini menampilkan keputusan mengejutkan apabila pendahulu sebelum ini, Barcelona jatuh ke tangga kelima.Chelsea kini mendahului di depan Atletico Madrid, Bayern Munich dan juara Kelab Dunia, Corinthians.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris, United hanya menduduki tangga ke-19 di bawah kelab Switzerland, Basel dan berkongsi kedudukan dengan kelab Paraguay, Libertad Asuncion.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan