Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo sekali lagi mengingatkan  anak-anak buahnya bahawa mereka tampil sebagai penyandang juara dalam  kempen Liga Juara-Juara musim ini.
Di Matteo memberi amaran itu sebagai satu motivasi apabila The Blues memulakan misi mempertahan gelaran Eropah itu dengan menentang Juventus di Stamford Bridge awal pagi esok.
Chelsea kembali membuat perhitungan di pentas berprestij itu empat  bulan selepas meraih kemenangan dramatik menerusi penentuan sepakan  penalti ketika membenam Bayern Munich pada aksi final di Allianz Arena.
Ketika itu, Chelsea dibimbing sementara oleh Di Matteo yang mengambil alih tugas André Villas-Boas yang dipecat.
Ternyata, sentuhan Di Matteo membawa tuah buat The Blues apabila merangkul kejuaraan pertama kempen Eropah.
Biarpun pada awalnyatidak diletakkan harapan yang tinggi, namun  Chelsea membuktikan betapa mereka berhak merangkul gelaran juara Eropah  dengan bimbingan Di Matteo.
Kejayaan itu sudah cukup untuk meyakinkan pemilik Chelsea, Roman Ab- ramovich untuk melantik Di Matteo sebagai pengurus tetap The Blues musim ini.
Menjelang pertemuan menentang Juventus yang akan menjadi ujian sulung  Chelsea dalam kempen Eropah musim ini, Di Matteo meramalkan anak-anak  buahnya bakal menghadapi tugas berat di hadapan penyokong mereka  sendiri.
"Setiap pasukan lawan pasti lebih bersemangat apabila menentang juara  bertahan. Jadi, situasi itu akan menyukarkan lagi tugas kami musim ini.
"Saya sedar tiada pasukan meraih gelaran juara Eropah untuk dua musim  berturut-turut dan saya tidak terkejut kerana ia memang satu tugas yang  sukar.
"Untuk meraih kejuaraan buat kali kedua berturut-turut agak mustahil  kerana ia (Liga Juara- Juara) merupakan saingan yang cukup kompetitif,"  jelas Di Mat- teo.
Sementara itu, penjaga gol berpengalaman Juventus, Gianluigi Buffon  sudah bersedia untuk mengekang setiap asakan penggempur Chelsea yang  dijangka diterajui Fernando Tor- res.
"Saya sudah tidak sabar mendengar lagu rasmi Liga Juara- Juara. Dalam  beberapa tahun se- belum ini, saya hanya mendengar di televisyen.
"Kini kami sudah kembali (beraksi dalam Liga Juara-Juara). Saya dan  rakan-rakan sepasukan sudah bersedia untuk bertemu Chelsea nanti,"  katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2 Pengulas Sukan:
KTBFFH !!! selagi Torres main, serangan pasti slow..ganti Sturridge ok kot...tapi Chelsea masih boleh usaha! pasti boleh lah bro jgn risau..
aku rasa bukn sbb torres serangn jd slow..yg buat slow bhgian tgh..sturridge ok..tp dia tu tamak sngt lh..klau tmak bleh gol tak pe jugak..hehe..apa pun bleh menang pg ni..
Catat Ulasan