28 September 2012

Kenyataan rasis: John Terry digantung 4 perlawanan

Bekas Kapten England, John Terry digantung empat perlawanan dan didenda $356.000 kerana didapati bersalah atas tuduhan membuat kenyataan berbaur rasis terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.
 
Keputusan itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) yang mendapati Terry ada niat mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Dipetik daripada BBC: "Suruhanjaya pengawalseliaan bebas kami telah mendapati bahawa Terry terbukti bersalah dan telah menggantungnya selama empat perlawanan dan mengenakan denda $ 356.000 sementara menunggu rayuan."

"FA juga mendapati bahawa Terry bersalah, pada hari Jumaat, 27 Julai 2012 akibat menggunakan kata-kata kesat atau menghina ke atas Ferdinand dan telah melanggar peraturan FA E3 dalam isu perkauman dalam perlawanan QPR lawan Chelsea di Loftus Road pada 23 Oktober 2011," jelasnya.
 
Julai lalu, pertahanan The Blues itu didapati tidak bersalah pada pendengaran kes di mahkamah majistret Westminster.
 
Bagaimanapun melihat kepada bukti yang dikemukakan, Terry dituduh mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menghina warna kulit Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kedua-dua pasukan.
 
Dengan itu, kes ini merupakan yang kedua berprofil tinggi membabitkan isu perkauman di padang bola sepak setelah kejadian antara pemain Liverpool, Luiz Suarez dan pemain Manchester United, Patrice Evra tahun lepas.
 
Dalam pada itu, wakil Terry, Elite Management berkata: "Terry amat kecewa dengan keputusan FA ini yang berbeza dengan keputusan yang diberi mahkamah sebelum ini."
 
"Beliau telah meminta sebab-sebab beliau didapati bersalah dan akan membuat rayuan," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...