28 September 2012

Isu rasis: Mourinho pertahan John Terry

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho mempertahankan John Terry berhubung isu membuat kenyataan berbaur rasis dan menegaskan bekas kapten England itu "tidak bersifat perkauman."

Bercakap secara eksklusif di CNN, Mourinho berkata: "Dia tidak bawa sikap perkauman.""Chelsea mempunyai skuad di mana kita mempunyai 12 pemain dalam skuad Afrika.

"Ia adalah skuad yang hebat dan Terry sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan setiap seorang daripada mereka," tegas Mourinho.

Tambah Mourinho: "Tetapi dalam bola sepak ia boleh berlaku kerana semasa perlawanan bola sepak kadang-kadang ia adalah lebih daripada permainan."

"Mungkin beliau mempunyai komen perkauman... kadang-kadang dalam bola sepak, kita melihat kepada lawan kami dengan cara yang salah.

"Tetapi saya tetap mengatakan bahawa dia tidak bersifat perkauman. Semua orang bersetuju dengan pendapat saya di mana Drogba akan berkata, Geremi akan berkata, Makelele akan berkata, semua daripada mereka akan mengatakan bahawa dia tidak rasis," katanya lagi.

Terry, 31, yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ke atas Anton pada saingan liga di Loftus Road, 23 Oktober tahun lalu akhirnya digantung empat perlawanan dan didenda AS$356,000 (RM1,068,000) apabila didapati bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan kedua-dua pasukan.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau masih percaya ada elemen perkauman dalam bola sepak, Mourinho menjawab: "Saya tidak pernah merasakan ia ada."

"Dalam bilik persalinan, saya tidak pernah merasakan ia berlaku."Dan saya sentiasa mempunyai pemain Afrika dalam setiap satu pasukan saya." jelasnya lagi.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...