11 April 2012

Chelsea makin tertekan

Chelsea ketinggalan dua mata di belakang satu daripada empat tempat ke Liga Juara-Juara yang ditawarkan kepada kelab Inggeris ketika Newcastle mencuri tumpuan untuk menghampiri aksi bola sepak kelab Eropah.


Chelsea diikat 1-1 oleh Fulham awal pagi semalam, selepas mengetahui mereka perlu menang dua gol untuk mengatasi Newcastle dan Tottenham Hotspur di tangga keempat menerusi perbezaan jaringan selepas Magpies mengatasi Bolton 2-0 dan Spurs tumpas 1-2 di tangan Norwich, malam kelmarin.

Blues ketinggalan dua mata di belakang Tottenham, lawan mereka pada separuh akhir Piala FA di Wembley Sabtu ini, dan Newcastle dengan baki lima perlawanan.

Frank Lampard meletakkan Chelsea di depan dalam cuaca hujan di Cravern Cottage dengan menjaringkan gol ke-150 dalam Liga Perdana, pemain tengah pertama meraih pencapaian itu, menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Namun lapan minit sebelum tamat, pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Clint Dempsey menyamakan kedudukan buat Fulham apabila tandukannya daripada sepakan sudut tertampan masuk oleh pertahanan Chelsea, Gary Cahill.

Tiga kelab teratas Liga Perdana layak automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara manakala pasukan tangga keempat terpaksa melalui pusingan kelayakan.

Namun, Chelsea boleh menafikan peluang beraksi di pusingan kelayakan buat pasukan di tangga keempat dengan memenangi Liga Juara-Juara musim ini.

Chelsea satu-satunya pasukan Inggeris yang masih beraksi pada pertandingan itu, berdepan tugas getir menentang juara bertahan Barcelona pada separuh akhir.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...