8 September 2012

Ashley Cole tetap bersama chelsea

Chelsea yakin mencapai kata persetujuan bersama Ashley Cole dalam perbincangan kontrak baru bintang England itu.


Cole, 31, dilapor ditawar kontrak sambungan selama setahun daripada kontrak semasa yang berakhir hujung musim ini dan bersedia meninggalkan kelab itu secara percuma.

Sumber rapat dengan rundingan itu menyatakan ia perbincangan yang adil buat kedua-dua pihak.Chelsea dilapor agak keberatan menawarkan kontrak panjang kepada pemain berusia 30-an tahun tapi setiap kes dinilai menerusi merit dan Cole dianggap berpotensi untuk beraksi di peringkat tertinggi beberapa tahun lagi.

Bulan lalu, pertahanan kiri itu mengesahkan mengadakan perbincangan dengan Blues dan menafikan dakwaan meminta kenaikan gaji kepada 200,000 (RM991,000) seminggu.

Jika Cole tidak menandatangani kontrak sambungan itu, dia bakal menarik minat banyak kelab bagi jendela perpindahan pemain Januari ini dan boleh menandatangani pra-kontrak lumayan dengan kelab lain.

Dia kerap dikaitkan dengan Real Madrid sebelum ini manakala beberapa pasukan lain tidak teragak-agak untuk menawarkannya perjanjian lumayan.

Cole kini berusaha untuk cergas sepenuhnya bagi perlawanan kedua England pada kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine, awal pagi Rabu ini selepas diketepikan bagi perlawanan pembukaan di Moldova awal pagi tadi kerana kecederaan buku lali.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...