Penyerang Chelsea, Fernando Torres tampil dengan aksi bertenaga  ketika mereka menewaskan Genk pada saingan peringkat Kumpulan E saingan  Liga Juara-Juara kelmarin.Torres yang turut mendapat sokongan daripada David Luiz membuktikan  bahawa dia masih tergolong dalam senarai penyerang paling berwibawa di  Eropah.
Pasangan Chelsea itu menampilkan keserasian yang menakjubkan ketika membantu The Blues menewaskan Genk 5-0 di Stamford Bridge.Torres berjaya menamatkan kemarau jaringan di pentas Eropah dengan meledak dua gol, namun pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas belum mahu  memuji prestasi yang dipamerkan penyerang dari Sepanyol itu.
"Kejayaan kami bukan bergantung kepada seorang individu tetapi ia adalah hasil daripada persembahan berpasukan."Hari ini (kelmarin) Torres berada pada prestasi terbaik dan dia  semakin bijak menyambar peluang. Apa pun, kejayaan kami adalah hasil  kerja keras daripada semua pemain."
Selain Torres, turut berada dalam senarai penjaring termasuk Raul  Meireles, Branislav Ivanovic dan pemain gantian, Salomon Kalou.Kemenangan tersebut merupakan kejayaan terbesar Chelsea di Stamford  Bridge dalam kejohanan Eropah dan kini mereka mendahului kedudukan dalam  Kumpulan E.
"Saya puas hati dengan prestasi kami, bukan sahaja cara kami bermain tetapi komitmen daripada semua rakan sepasukan."Dua gol awal meletakkan kami dalam kedudukan yang sangat selesa dan  dua lagi sebelum separuh masa sudah menampakkan hasil daripada kerja  keras kami sepanjang perlawanan tersebut.
"Apa yang lebih penting, kami harus memikirkan untuk menghadapi  perlawanan seterusnya. Bulan ini akan menjadi penentu buat kami sama ada  kami berpeluang menjulang trofi atau sebaliknya," ujarnya. [sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan