25 September 2012

Terry bertemu Ferdinand di Wembley

John Terry dan Anton Ferdinand bertemu di Wembley kelmarin bagi mendengar dakwaan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris berhubung serangan berbaur perkauman kapten Chelsea itu ke atas pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand.


Ferdinand mengemukakan bukti kepada barisan panel bebas dan Terry dilihat hadir bagi mendengar kes itu.

Terry yang melakukan pengumuman mengejut bersara daripada pentas bola sepak antarabangsa kelmarin mendakwa FA menyebabkan dia membuat keputusan itu selepas badan induk bola sepak itu meneruskan dakwaan dia melontarkan ejekan berunsur perkauman ke atas Ferdinand, Oktober tahun lalu.

Terry yang berulang kali menafikan tuduhan itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah London pada Julai lalu.

Ferdinand pula dilihat berada di Wembley hampir sepanjang pagi sebelum beredar pada tengah hari manakala Terry yang perlu hadir semula hari ini, dilihat beredar sekitar jam 3 petang waktu tempatan.

Kes itu mungkin akan berlanjutan sepanjang minggu ini.Pengurus England, Roy Hodgson berkata, beliau berat hati menerima keputusan Terry itu, ketika pemain pertahanannya itu berdepan kes itu.

Di sebalik kontroversi itu, Hodgson menyenaraikan Terry dalam skuadnya untuk saingan Kejohanan Euro pada Jun dan mahu pemain berusia 31 tahun itu membantu skuad England layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

“Saya berterima kasih kepada Terry kerana komitmennya bersama skuad England sejak saya menjadi pengurus. Sudah tentu saya kecewa kerana kehilangan Terry pada saingan antarabangsa,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...