26 September 2012

Chelsea pilihan ke dua Hazard

Bintang Chelsea, Eden Hazard mungkin menyertai Tottenham jika kelab itu layak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini.


Penyerang Belgium berusia 21 tahun itu yang berhijrah ke Stamford Bridge dari Lille musim panas lalu, turut mendapat tawaran kontrak bersama kelab utara London tetapi membuat keputusan memilih kelab barat London.

“Memang saya berminat dengan Tottenham kerana mereka dibarisi ramai pemain muda dan menduduki tangga keempat liga,” kata Hazard dalam artikel majalah France Football.

“Tapi malangnya, keputusan hujung musim lalu tidak seperti diharapkan. Mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara sekali gus membuatkan saya terpaksa berfikir semula.” 

Chelsea memenangi Liga Juara-Juara musim lalu dan menyebabkan Spurs terlepas tiket beraksi di Liga Juara-Juara musim ini namun Hazard tidak gembira dengan cara mereka meraih kejuaraan itu.

“Tidak ada orang yang benar-benar menjadi peminat Chelsea pada musim lalu,” katanya.

“Pengarah memberitahu saya mereka akan mengambil pemain baru bagi membolehkan saya bermain bola sepak yang menarik. Marko Marin, Oscar dan saya suka mengawal bola sama seperti Juan Mata dan Ramires.

“Gelaran juara Liga Juara-Juara dan tiket beraksi dalam Liga Juara-Juara memberi banyak makna kerana kelab itu tidak meraih kedudukan baik dalam liga.“Bila Chelsea memenangi aksi final, pilihan buat saya amat jelas.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...