Pemain tengah England, Frank Lampard tidak pernah terfikir untuk menamatkan karier bola sepak di peringkat antarabangsa.
Pemain tengah Chelsea itu akan meneruskan perjuangan meskipun dia  dikecam hebat oleh para peminat England dan tidak beraksi pada Kejohanan  Eropah tahun ini kerana mengalami kecederaan.
Lampard, 34, berpeluang untuk menjadi pemain tengah terhebat England apabila skuad The Three Lions menanti kunjungan Ukraine di Stadium Wembley pada aksi kelayakan Kumpulan H kempen Piala Dunia 2014 awal pagi esok.
Pada pertemuan menentang Moldova di Stadium Zimbru, Sabtu lalu,  Lampard beraksi cemerlang selain menjaringkan dua gol untuk membantu  England mencatat kemenangan 5-0.
Bagaimanapun, Lampard menegaskan bahawa dia masih belum puas dengan kehidupan di pentas antarabangsa.
"Saya berasa sangat bangga dengan karier saya bersama England," kata Lampard."Bersama England, masa depan para pemain tidak selalunya cerah terutama jika mereka menghampiri penampilan ke-100.
"Saya bangga dengan corak permainan, gol dan perlawanan yang saya  sertai. Satu-satunya kekurangan, kami belum memenangi sebarang gelaran  utama. Itu adalah matlamat utama kami selepas ini.
"Saya gembira kerana saya tidak perlu bersusah payah kerana saya  dijangka menghadapi laluan yang mudah terutama apabila saya melepasi  usia 30 tahun. Saya dibenarkan bersara bermula dari usia tersebut.
"Saya tidak pernah terfikir mengenai perkara itu. Sama ada saya  bermain untuk satu atau 15 perlawanan lagi. Saya akan memikirkan  mengenai orang lain yang bangga untuk mewakili negaranya dan memberikan  sumbangan yang baik. Sekiranya mereka bercakap mengenai perkara itu,  saya berasa gembira."
Lampard tidak beraksi pada Euro 2012 di Ukraine dan Poland kerana  mengalami kecederaan tetapi dia tidak pernah terfikir bahawa ia adalah  masa yang sesuai untuk mengumumkan persaraan.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan