Shanghai Shenhua tidak akan melepaskan Didier Drogba meskipun terdapat  laporan awal mengatakan jodoh penyerang Ivory Coast itu bersama kelab  berkenaan telah berakhir.
Jurucakap kelab yang mewakili bekas penyerang Chelsea itu di United  Kingdom menyifatkan laporan tersebut sebagai satu spekulasi liar.
Drogba pada minggu lalu telah mengunjungi padang latihan The Blues selepas aksi Liga Super China berehat selama dua minggu.
Baru-baru ini, masa depan Drogba dan seorang lagi bekas penyerang  Chelsea, Nicolas Anelka menjadi teka-teki selepas Shanghai terlibat  dalam krisis dalaman berhubung pemilikan kelab.
Perkara itu mencetuskan khabar angin bahawa Drogba bakal kembali ke  Liga Perdana Inggeris (EPL) malah dikaitkan dengan gergasi Sepanyol,  Real Madrid.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 Pengulas Sukan:
saya tengok chelsea dulu sbb ada drogba (T_______T) apa-apa pun chelsea da best!
Catat Ulasan