8 September 2012

Falcao - Chelsea atau Real?

Penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao memulakan musim ini seperti dia mengakhiri musim lalu dengan prestasi cemerlang tetapi cakap-cakap mengenai penyerang Colombia itu meninggalkan Calderon semakin kencang, malah bapanya turut mempunyai peranan terhadap perkembangan itu.


Berikutan persembahan hebat ke atas Chelsea dalam Piala Super Eropah, mencetuskan khabar angin mengenai penyerang Colombia itu akan meninggalkan kelab itu dan bapanya, Radamel Enrique Garcia King, tidak langsung menghalang spekulasi malah membuka mulut kepada media.

"Falcao sentiasa ingin bermain dalam Liga Perdana Inggeris. Sejak kecil lagi dia sukakan Chelsea dan sentiasa berfikir ia satu penghormatan untuk bermain dengan sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris."

Mungkinkah ketika Falcao berusia 10 tahun, dia suka melihat aksi Paul Furlong dan John Spencer menerajui jentera serangan Blues?

Bapanya kemudiannya menyemarakkan spekulasi apabila ditanya mengenai kemungkinan Falcao akan bermain dalam Liga Perdana Inggeris pada akhir Januari dan beliau mengesahkan 'hampir pasti'.

Adakah sebarang tawaran dibuat untuk membawa pemain itu ke Chelsea? Tidak.

Kata-kata yang tersiar dalam akhbar sukan Sepanyol, Marca kelmarin pula menyatakan peluang perpindahan semakin cerah tetapi tiba-tiba Chelsea tidak lagi menjadi pilihan Falcao atau pun bapanya.

"Impian anak saya adalah Real Madrid. Sejak kecil lagi dia sentiasa mahu bermain untuk Real Madrid.

"Ramai kanak-kanak pun begitu dan ini tidaklah terlalu mengejutkan tetapi apabila anak lelaki anda bermain untuk musuh Real, Atletico maka ia bukan idea terbaik untuk mendedahkan kepada umum."

Pemain itu jelas malu dengan komen bapanya dan dia segera menghantar kenyataan bertentangan menerusi Twitter yang mengesahkan bahawa komitmennya masih bersama Colchoneros:

"Saya mahu semua orang tahu bahawa impian saya adalah terus memenangi pingat dengan Atletico dan membantu pasukan kebangsaan menang Piala Dunia berikutnya!"

Begitupun dengan khabar angin yang bertali arus mengenai masa depan Cristiano Ronaldo di Bernabeu, pemain Colombia itu pasti dikaitkan sebagai pengganti berpotensi pemain Portugal itu.

Ketua Pengarah Atletico, Miguel Angel Gil Marin baru-baru ini bercakap mengenai masa depan bintangnya itu apabila mendedahkan: "Sebuah kelab Perancis (PSG), sebuah kelab Russia (Makhachkala) dan dua kelab Inggeris (Chelsea dan Manchester City) menunjukkan minat terhadap Falcao.

"Hampir semua kelab menjual pemain hebat mereka untuk terus bertahan tetapi kami mengambil risiko untuk mempertahankannya dengan anggapan kami mampu
melepasi halangan kewangan."

Bayangkan sekiranya Anzhi Makhachkala pula berjaya membuat bidaan mereka, adalah seluruh dunia akan tahu bahawa Falcao ketika kecilnya begitu meminati kelab Dagestan itu? Kita tunggu dan lihat.[sumber]

2 Pengulas Sukan:

#ciksuzlin berkata...

Kita dah letak link awak dekat blog ni, ok (^________^)

http://suzlinbook.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...