24 September 2012

Luiz ikat kontrak baru

Pertahanan Chelsea, David Luiz menandatangani kontrak baru lima tahun dengan juara Eropah itu, kelmarin.


Luiz yang masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontrak lamanya, menyertai Blues dari Benfica dengan yuran perpindahan 25 juta (RM123.7 juta) pada Januari 2011.

Dalam pada itu, kelab gergasi Sepanyol Barcelona dilaporkan berminat mendapatkan bek tengah Brazil yang membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara dan Piala FA musim lalu, menyebabkan pengurus Roberto Di Matteo mengambil langkah drastik mengikat pemain berusia 25 tahun itu hingga 2017.

“Saya amat gembira dengan lanjutan kontrak dengan Chelsea,” kata Luiz dalam laman web Chelsea selepas skuadnya menang 1-0 ke atas Stoke.

“Kelab ini sangat hebat dan saya tidak sabar untuk meraih banyak lagi trofi di sini. Saya mahu bermain untuk jangka masa lama di tahap tertinggi dan pastinya bersama Chelsea.

“Saya sukakan semuanya di kelab ini terutama peminat yang menjadikan saya berasa dialu-alukan serta memberi sokongan padu.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...