31 Julai 2011

Asian Trophy:Chelsea 2 vs 0 Aston Villa

Chelsea memang 2 -0 keatas aston villa dengan gol dijaringkan oleh McEachran pada minit 1 dan Torres m58.Ini Trofi pertama chelsea selepas Andre Villas-Boas mengambila alih jawatan pengurus chelsea.



30 Julai 2011

Chelsea terima maaf FAM

Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kenyataan anti Yahudi yang ditujukan terhadap pemain tengah Israel, Yossi Benayoun (bawah, kiri) ketika perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur dua minggu lalu, lapor AFP.Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada Chelsea berikutan peristiwa itu.

Asian Trophy:Chelsea vs Aston Villa

Malam ni chelsea akan melawan aston villa dalam final Barclays Asian Trophy 2011 pukul 8.30 malam di astro saluran 817@813.Aston villa sebelum ini telah menewaskan blackburn 1-0 manakala chelsea menang besar ke atas kitchee 4-0..Trofi pertama chelsea bersama Andre Villas-Boas.

29 Julai 2011

Video:gol chelsea vs kitchee

Chelsea menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki apabila mudah menundukkan juara Hong Kong, Kitchee 4-0, sekali gus mara ke final Trofi Barclays Asia, kelmarin. Selain penalti dan gol sendiri, Didier Drogba dan Daniel Sturridge juga tidak ketinggalan mencatat nama dalam senarai penjaring. Mereka akan menentang Aston Villa di final selepas lawan itu menang tipis 1-0 ke atas Blackburn Rovers.

Chelsea buat bantahan kat FAM

CHELSEA sudah membuat aduan secara rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pemain tengah, Yossi Benayoun dicemuh penonton ketika perlawanan persahabatan pra-musim di negara majoriti Muslim itu. Dalam perlawanan menentang Malaysia XI Khamis lalu, Benayoun menjadi pemain pertama Israel yang beraksi di negara yang menjadi penyokong setia rakyat Palestin dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

28 Julai 2011

Chelsea tak perlu belanja besar

Pengurus baru, Andre Villas-Boas berasakan Chelsea tidak perlu berbelanja besar dalam pasaran perpindahan musim panas ini dengan menegaskan satu pendekatan wajar adalah cara untuk merampas kembali trofi Liga Perdana Inggeris.Juara bertahan Manchester United sudah berbelanja besar ketika mereka bersedia untuk mempertahankan kejuaraan begitu juga Liverpool yang mengintai untuk kembali ke kelompok empat teratas.

27 Julai 2011

Kitchee 0 Chelsea 4


                                                      0                          4
                                                                                         Frank Lampard(m.35)
                                                                                          Daniel Sturridge(m.79)
                                                                                          Didier Drogba(m.59)
                                                                                     Ubay Luzardo(o.g m.53)   

Asian Trophy:Chelsea vs Kitchee

Malam ini chelsea akan menentang pasukan dari hongkong kitchee fc dalam Barclays  asia trophy..Kemungkinan laluan mudah buat chelsea untuk mara dan akan bertemu antara Blackburn ataupun Aston villa di final..Pada yang ingin menyaksikan perlawanan chelsea melawan kitchee,jangan lupa pada pukul 8.30 malam ini di astro saluran 813 @ 817.

Cabaran jadi pengurus chelsea

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech percaya Roman Abramovich memecat pengurus pasukan kerana tiada antara mereka dapat mendekati kemampuan Jose Mourinho. Penjaga gawang berasal dari Republik Czech itu sudah beraksi di bawah enam pengendali berbeza sebelum The Blues melantik Andre Villas-Boas,baru-baru ini.Dia kini berharap lelaki baru itu dapat menepati tahap tinggi dilakar Mourinho yang memenangi dua kejuaraan liga, satu Piala FA sebelum dia dipecatoleh pemilik Russia itu pada September 2007.

26 Julai 2011

Oriol Romeu sertai chelsea

Villas-Boas telah mengumumkan pembelian pemain tengah berusia 19 tahun dari Barcelona, Oriol Romeu di Bangkok semalam tetapi pengurus kelab gergasi itu menyatakan hanya akan ada dua pembelian pemain saja selepas ini.kemungkinan besar neymar dan modric. harap kedua2 pemain ini dapat bersama chelsea dan menguatkan lagi pasukan chelsea.

Cabaran sebenar Chelsea

Pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas kembali ke Hong Kong dan akan menggunakan saingan Trofi Barclays Asia sebagai landasan untuknya menganalisa secara lebih mendalam corak permainan anak buahnya yang semakin meningkat.Chelsea kembali kepada prestasi meyakinkan selepas mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Thailand pada perlawanan persahabatan kelmarin selepas mempamerkan aksi mengecewakan ketika bertemu Malaysia di Kuala Lumpur.

Drogba masih berharga

Penyerang Chelsea, Didier Drogba dijangka menandatangani kontrak baru selama setahun yang akan membolehkannya berada di Stamford Bridge hingga 2013.Pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang menyertai Blues dari Marseille pada 2004 mendedahkan perbincangan sudah dimulakan mengenai kontrak baru yang akan menyaksikannya kekal di kelab itu hingga dia berusia 35 tahun.

22 Julai 2011

Chelsea 1 malaysia 0

CHELSEA terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Pilihan Malaysia 1-0 pada aksi persahabatan sempena Siri Jelajah Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Jaringan tunggal, The Blues disumbangkan penyerang antarabangsa Ivory Coast, Didier Drogba pada minit ke-80 melalui satu sepakan percuma dari luar kotak penalti. Bagaimanapun, aksi Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee tidak mengecewakan malah mampu mengimbangi permainan terutamanya pada babak kedua perlawanan.

21 Julai 2011

Malaysia bukan lawan mudah-Anelka

PENYERANG Chelsea, Nicolas Anelka mengakui skuad The Blues akan berdepan laluan getir apabila turun menentang pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.Anelka sedar reputasi Chelsea sebagai antara kelab gergasi dunia sekali lagi menjadi perhatian pada pertemuan tersebut dan sudah pasti peminat mahukan aksi yang menarik bagi memenuhi kehendak mereka.Chelsea bertandang ke bumi Malaysia dengan membawa kesemua pemain bintangnya termasuk Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry dan Didier Drogba dalam siri Jelajah Asia 2011,

20 Julai 2011

Tekad Lampard

TIGA kali Frank Lampard ke Malaysia bersama kelab gergasi Inggeris Chelsea, pemain tengah itu hadir dengan pengurus berbeza.Dalam tempoh sembilan tahun sejak 2003, bintang England itu tampil dengan Claudio Ranieri, Luiz Felipe Scolari (2008) dan terbaru, pengurus muda dari Portugal, Andre Villas-Boas.
Biarpun kerusi panas sejak era pemerintahan jutawan Russia, Roman Abramovich sering bertukar ganti namun sasaran, Lampard, 33, tetap sama mahu terus menghadiahkan trofi untuk kelab yang disertai pada 2001.

Janji Torres

FERNANDO Torres akhirnya bersedia mempamerkan kenapa dia bernilai ₤50 juta (RM242 juta) selepas percutian pertamanya dalam tempoh lima tahun.Penyerang Chelsea yang menerima bayaran gaji ₤180,000 (RM872,000) seminggu itu amat mengecewakan sejak perpindahan memecah rekodnya dari Liverpool, Januari lalu.Namun pemain antarabangsa Sepanyol itu, kini berada di Malaysia bagi jelajah Asia bermula dengan perlawanan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok, berjanji untuk mempamerkan aksi terbaiknya.

Semangat Chelsea

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba melaungkan amaran untuk kembali bangkit pada saingan musim ini setelah mengharungi musim penuh mengecewakan tanpa sebarang kejuaraan pada musim lalu.Drogba, 33, yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana England musim 2009/10 dengan 29 gol hanya meledak sebanyak 11 gol musim lalu.Lantas dengan kehadiran pengurus baharu, Andre Villas-Boas, penyerang Ivory Coast itu mengharapkan tuah memihak kepada skuad The Blues pada saingan musim 2011/12.

19 Julai 2011

Andre Villas-Boas serius lawan malaysia

PENGURUS baru Chelsea, Andre Villas-Boas berjanji akan menurunkan kesemua pemain bintangnya pada perlawanan persahabatan dengan skuad pilihan Malaysia, Khamis ini, sekali gus menyajikan satu lagi aksi menarik kelab Liga Perdana Inggeris selepas Arsenal dan Liverpool minggu lalu.Pengendali kelahiran Portugal itu tiba di Kuala Lumpur semalam bersama skuad 26 pemain, antaranya penyerang, Fernando Torres, Nicolas Anelka, pemain tengah Frank Lampard dan kapten John Terry.

18 Julai 2011

Chelsea sudah tiba dimalaysia

Pasukan chelsea sudah pun sampai di klia jam 1 petang tadi.dijadualkan akan mengadakan latihan distadium petang esk...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...