Penyerang Chelsea, Didier Drogba dijangka menandatangani kontrak  baru selama setahun yang akan membolehkannya berada di Stamford Bridge  hingga 2013.Pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang menyertai Blues dari  Marseille pada 2004 mendedahkan perbincangan sudah dimulakan mengenai  kontrak baru yang akan menyaksikannya kekal di kelab itu hingga dia  berusia 35 tahun.
“Kami sudah mula berbincang dan ia amat  menarik. Setiap orang tahu apa yang saya rasa mengenai Chelsea dan apa  yang saya mahukan,” katanya.“Saya pastinya akan berada di sini musim depan. Saya menyatakannya  beberapa tahun lalu bahawa saya akan berada di sini hingga penghujung  kontrak saya dan saya ada di sini.
“Kini saya perlu terus  bermain baik dan memberikan yang terbaik, seperti yang sering saya  lakukan. Ini adalah musim kelapan saya di kelab ini dan ia amat bermakna  buat mana-mana penyerang untuk kekal lama di Chelsea.” Buat kali  pertama dalam kariernya di Chelsea, Drogba mengakui dia tidak pasti  berada dalam kesebelasan utama musim baru ini.Bintang berusia  33 tahun itu bersedia untuk bersaing dengan penyerang bernilai 50 juta  (RM242.5 juta), Fernando Torres dalam kesebelasan utama bos baru, Andre  Villas-Boas yang dilihat cuba menggunakan penyerang tunggal dalam  formasi 4-3-3.
Dengan pemain seperti Nicolas Anelka dan Daniel Sturridge, yang  memukau ketika dipinjamkan ke Bolton musim lalu, turut berada dalam  skuad, Drogba sedar perebutan bagi peranan penyerang pasti sengit.“Ya,  saya fikir kami akan bersaing (merebut satu tempat),” kata Drogba, yang  menjadi pemain paling efektif Blues ketika memegang peranan sebagai  penyerang tunggal selama tujuh tahun di kelab barat London itu.
“Ia adalah pilihan jurulatih tapi memang perkara sebegini saya tempuhi sepanjang masa di kelab ini.“Ia sama ketika Eidur Gudjohnsen di sini, apabila (Andriy) Shevchenko di sini.“Saya berusia 33 tahun, pemain paling tua dan jika ia berasa agak aneh, saya tidak bimbang.“Jika  saya berhak bermain maka saya akan bermain. Jika saya tidak bagus maka  saya tidak akan bermain. Bagus buat pasukan kerana ada saingan  sebegini.”[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan