20 Julai 2011

Semangat Chelsea

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba melaungkan amaran untuk kembali bangkit pada saingan musim ini setelah mengharungi musim penuh mengecewakan tanpa sebarang kejuaraan pada musim lalu.Drogba, 33, yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana England musim 2009/10 dengan 29 gol hanya meledak sebanyak 11 gol musim lalu.Lantas dengan kehadiran pengurus baharu, Andre Villas-Boas, penyerang Ivory Coast itu mengharapkan tuah memihak kepada skuad The Blues pada saingan musim 2011/12.


"Sudah tentu kami mahu bangkit semula musim ini. Memang satu musim mengecewakan apabila kami gagal membawa pulang sebarang piala musim lalu."Bagaimanapun, kami masih mampu memberi cabaran hebat kepada Manchester United sehingga ke perlawanan terakhir."Jadi untuk musim baru ini, kami sekali lagi akan berjuang habis-habisan untuk meraih sebarang trofi kejuaraan. "Secara peribadi pula, saya mahu kembali meledak," kata Drogba ketika ditemui selepas sesi latihan skuad Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Sesi latihan terbuka itu dipenuhi dengan lautan biru kira-kira 5,000 penyokong setia Chelsea yang hadir untuk melihat bintang-bintang kesayangan mereka dengan lebih dekat.Ditanya tentang latihan pramusim Chelsea setakat ini, Drogba berkata: "Selepas 10 hari berlatih, kami masih berusaha keras untuk mendapatkan semula tahap kecergasan termasuk bagi menghadapi beberapa aksi pramusim di Asia ini."

Sementara itu, kapten Chelsea, John Terry yang turut ditemui selepas latihan pasukan itu menganggap Siri Jelajah Asia 2011 selama dua minggu ini satu tempoh yang cukup penting."Tiada yang lebih penting kecuali untuk kami menyesuaikan diri dengan corak dan sistem latihan di bawah pengurus baharu."Kami kini semakin berse- mangat untuk memulakan kempen musim baharu bagi menebus kegagalan musim lalu," ujar Terry, 31, yang beraksi di posisi pertahanan.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...