Santos tidak bercadang menjual penyerang muda Neymar dan mahu  mengekalkan pemain itu bersama kelab itu untuk beberapa tahun lagi, kata  Presiden Santos, Luis Alvaro de Oliveira Ribeiro, semalam.Neymar yang membantu Santos menjuarai pertandingan kelab Amerika  Selatan minggu lalu dan kini bersama pasukan kebangsaan Brazil pada  kejohanan Copa America menjadi buruan beberapa kelab besar Eropah,  katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan laman web rasmi santosfc.com.
Pemain berbakat berusia 19 tahun itu  yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab hebat antaranya Real Madrid  dan Chelsea kerap disoal mengenai masa depannya oleh wartawan yang  membuat liputan di kem latihan skuad Copa America Brazil di luar Buenos  Aires.“Disebabkan spekulasi mengenai masa depan Neymar semakin hangat  dilapor media tempatan dan antarabangsa, saya menegaskan, Santos FC  tidak akan menjual Neymar atas alasan apa sekalipun,” katanya.
Neymar  kini dilabel sebagai pemain terbaik Brazil dengan imej pemain itu  menjadi aset penting dunia pengiklanan serta mempunyai ikatan yang kuat  dengan kelab dan disukai peminat Brazil.Santos akan menolak semua tawaran untuk mendapatkan Neymar kerana berhasrat mengekalkan pemain itu bagi tempoh yang lama.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan