Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Tottenham  Hotspur bahawa dia akan terus menanti sehingga detik terakhir musim  perpindahan bagi menandatangani Luka Modric.Terdahulu, Villas-Boas telah menyaksikan dua bidaannya melepasi nilai  £20 juta (RM97 juta) ditolak oleh Tottenham yang bertegas mahu  menyimpan Modric.
Namun, pemain tengah Croatia itu begitu teruja untuk berhijrah ke  Stamford Bridge dan dia dikatakan sedia membuat permohonan bertulis  untuk berpindah.Modric menuntut janji Pengerusi Tottenham, Daniel Levy yang pernah  berkata, bahawa pemain itu akan dilepaskan jika terdapat kelab besar  hadir membuat tawaran.
Modric tidak menyertai aksi pra musim Tottenham menentang Kaiser  Chiefs di Afrika Selatan pada Sabtu lalu kerana dilaporkan masih cedera  dan tidak mustahil isu perpindahannya akan terus diperkatakan sehingga  tarikh akhir pada 31 Ogos depan.
Menurut Villas-Boas, dia telah membuat langkah alternatif untuk  mendapatkan pemain West Ham, Scott Parker atau pemain FC Porto, Joao  Moutinho jika menemui kegagalan mendapatkan Modric."Modric beraksi di posisi yang menjadi keutamaan kami untuk  diperkuatkan. Jika ia dapat direalisasikan, ia sesuatu yang bagus dan  jika tidak, kami terpaksa menerimanya."Saya tidak mempunyai hak. Ia terpulang kepada Tottenham untuk  mempertahankan pemain dan aset mereka. Kami hanya boleh tunggu dan  lihat.
"Kami menghormati apa jua keputusan Tottenham tetapi harga yang kami  tawarkan ini sebenarnya sudah cukup luar biasa," kata Villas-Boas  selepas menyaksikan pasukannya menewaskan Portsmouth 1-0 pada aksi pra  musim malam kelmarin.Selain itu, usaha mendapatkan Parker dilihat lebih sebagai  menggantikan tempat Michael Essien yang terpaksa diketepikan selama enam  bulan akibat kecederaan lutut.
Chelsea tiba di Kuala Lumpur tengah hari ini untuk Siri Jelajah Asia  2011 termasuk mengadakan perlawanan menentang skuad Pilihan Malaysia di  Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.[kosmo]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan