Chelsea menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki apabila mudah  menundukkan juara Hong Kong, Kitchee 4-0, sekali gus mara ke final Trofi  Barclays Asia, kelmarin. Selain penalti dan gol sendiri, Didier Drogba dan Daniel  Sturridge juga tidak ketinggalan mencatat nama dalam senarai penjaring.  Mereka akan menentang Aston Villa di final selepas lawan itu menang  tipis 1-0 ke atas Blackburn Rovers.
“Pemain sentiasa bekerja keras dan berpeluh,” kata pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas. “Mereka menikmati permainan dan mengekalkan komitmen serta  kesungguhan sejak mula dan ini satu petanda baik untuk kami.” Perlawanan ketiga Chelsea dalam Jelajah Asia itu menunjukkan  peningkatan prestasi kelab London itu selepas prestasi hambar di Kuala  Lumpur sebelum bangkit dengan persembahan lebih meyakinkan apabila  menang 4-0 di Bangkok. 
Pemain tengah, Yossi Benayoun mencipta gerakan untuk gol pertama  pada minit ke-36 apabila mempamerkan gerakan menarik sebelum dikasari  dalam kotak penalti. Villas-Boas menurunkan barisan terkuat dan menggunakan formasi  4-3-3-1 dengan beberapa pemain beraksi di formasi berbeza berbanding  lazim termasuk Frank Lampard yang di banyak bertahan dan Benayoun yang  lebih banyak membantu serangan.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan