1 Julai 2011

Terry kekal kapten

John Terry akan terus kekal memikul tugas sebagai ketua pasukan Chelsea. Pengurus baru Blues, Andre Villas-Boas berkata, beliau meletakkan kepercayaan kepada Terry, ketua pasukan paling berjaya di kelab itu. Bagaimanapun, beliau turut mendedahkan akan mencari ketua pasukan baru di kalangan skuadnya yang dirasa mampu memikul tugas berat itu.

“Terry akan kekal memikul tugas sebagai ketua pasukan di kelab ini selagi dia mampu beraksi dengan baik seperti dibuktikannya sejak enam tahun lalu.“Dia berjaya memikul tugas dengan baik sepanjang tempoh itu dan salah seorang pemain yang sama-sama mencipta kejayaan untuk kelab ini sejak tujuh tahun lalu.“Apa yang saya tahu, semua pemain menganggap Terry sebagai seorang pemimpin dan pemain yang sering memberi motivasi kepada rakan sepasukannya.“Selagi Terry berada dalam pasukan ini, dia akan memikul tugas sebagai ketua pasukan,” katanya.


Bagaimanapun, Villas-Boas memberi jaminan akan menilai setiap pemain berdasarkan merit, bukan kepada sejarah lampau.Beliau turut memberi amaran kepada ketua pasukannya serta barisan pemain Chelsea untuk mengelakkan masalah di luar padangJurulatih Chelsea itu mahu setiap pemain menjadi contoh dan menampilkan sikap tenang apabila berdepan isu membabitkan kelakuan buruk mereka yang bakal memberi kesan negatif kepada kelab.

“Kami mahu mereka menampilkan watak baik serta menjadi contoh kepada semua.“Jika kami menemui pemain yang mempunyai berperwatakan sama seperti itu, sudah tentu mereka berpeluang memikul tugas sebagai ketua pasukan.“Kerana pada akhirnya nanti, tidak timbul masalah ada yang mempersoalkan mengapa Terry saja diberi peluang sebagai kapten. “Ramai lagi sebenarnya di bilik persalinan yang mempunyai kemampuan seperti Terry.”[metro]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...