5 Julai 2011

Cole kekal di Stamford Bridge

Pertahanan Chelsea, Ashley Cole tidak memikirkan untuk meninggalkan kelab itu musim panas ini.
Bekas pengurusnya, Jose Mourinho, kini bertugas di Real Madrid, heboh dikaitkan dengan perpindahan buat pemain pertahanan kiri itu.Cole berkata dia tidak memikirkan untuk meninggalkan Stamford Bridge, walaupun dia mengakui pernah dipertimbangkan pada masa lalu.


“Saya tidak memikirkan langsung mengenainya,” katanya apabila ditanya mengenai kemungkinan berpindah ke ibu negara Sepanyol itu.“Saya pernah ada isu sebelum ini apabila saya memikirkan mengenainya, tapi musim ini saya bagus, saya sedang bercuti dan tidak membaca apa-apa pun.” Cole turut menegaskan pemain Chelsea akan menyokong penuh pengurus baru, Andre Villas-Boas dan usianya (33 tahun) bukanlah satu isu.

“Usia hanya satu nombor, beliau memiliki pengalaman di Porto, sebuah kelab besar,” katanya.

“Harapnya beliau mampu membawa kegemilangan ke Chelsea tapi saya tidak fikir usia sesuatu yang anda perlu bimbangkan, saya tidak rasa pemain memikirkan mengenainya. Beliau adalah pengurus kami sekarang.” Cole mengakui memenangi Liga Juara-Juara adalah satu impian lama yang mahu dipenuhinya.

“Ramai pemain mengimpikan untuk memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara, saya sudah beraksi pada dua final, tapi sudah tentu kami mahu menang, tapi kami juga mahu memenangi sebarang trofi.”[metro]

ArulchelseA-Kekal bersama chelsea lagi bagus..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...