Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp memberi isyarat tetap  mahu mengekalkan Luka Modric di White Hart Lane dengan menganggap  tawaran 
Chelsea sebanyak 
22 juta (RM106.6 juta) untuk membeli bintang  utamanya itu sebagai “tidak masuk akal”.Pemain tengah Croatia berusia 25 tahun itu berhasrat untuk ke  seberang London dan meninggalkan Spurs yang tidak layak beraksi di Liga  Juara-Juara musim depan.
Tottenham menolak bidaan 
Chelsea  dan Redknapp dalam kenyataannya kepada Sky Sports berkata semalam: “Saya  terkejut dengan nilai tawaran itu. Ia tawaran yang tidak masuk akal.
“Jika mereka mahu membuat tawaran, buatlah tawaran yang munasabah  tapi nilai 22 juta untuk mendapatkan 
Luka Modric adalah mengarut.”     Namun Redknapp tidak menyatakan berapa jumlah tawaran yang boleh menarik  minat Spurs yang hanya layak ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu  sebelum kalah kepada gergasi Sepanyol, 
Real Madrid.
“Kami  tidak meletakkan sebarang harga buatnya,” katanya. “Dia pemain yang  hebat, kami tidak mahu menjualnya. Dia membuktikan kemampuan dirinya  sebagai pemain terbaik di Liga Perdana dan saya fikir dia boleh bermain  bersama mana-mana pasukan di dunia.“Namun kami tidak mahu  kehilangannya. Kami mahu mengekalkan pemain terbaik kami, kami perlu  meningkat sebagai satu pasukan, bukan memusnahkannya dengan menjual  pemain terbaik.
[metro]
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan