25 Disember 2011

Perpindahan Torres dan Gary Cahill

Kelab Sepanyol, Malaga pula sudah menyediakan 30 juta pound (RM147.6) untuk membawa pulang Fernando Torres kembali ke negaranya. Jika itu berlaku, Chelsea bersedia meminjam penyerang Juventus, Milos Krasic sebagai ganti. Akhbar Daily Mirror bagaimanapun melaporkan Torres akan dipinjamkan ke AC Milan.


Akhbar itu juga melaporkan pertahanan Bolton, Gary Cahill akan ke Stamford Bridge dengan bayaran 7 juta pound (RM34.4 juta). Wang bayaran mungkin dilakukan hasil daripada penjualan Florent Malouda dan Salomon Kalou yang mengejar gaji besar di Rusia bersama Anzi Makhachkala dan Lokomotiv Moscow.

Lebihan wang daripada penjualan mereka juga bakal digunakan untuk mendapatkan tiga pemain yang menjadi sasaran jurulatih Blues, Andre Villas-Boas - Edinson Cavani (Napoli), Mario Gotze (Borrusia Dortmund) dan Joao Moutinho (Porto).

Sama ada khabar angin ini akan menjadi kenyataan atau tidak, ia hanya akan diketahui bulan depan .

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...