SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) dilantik menjadi penerbangan  rasmi kelab Liga Perdana England, Chelsea sempena Jelajah Asia 2011  kelab tersebut pada bulan ini.Satu perjanjian persefahaman dimeterai dengan Pro Events, syarikat  pemasaran dan penasihat bola sepak terkemuka di Asia yang menjadi  promoter eksklusif jelajah berkenaan di Kuala Lumpur semalam.Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri  Tengku Azmil Zahruddin menjelaskan penajaan ini mampu mempromosikan lagi  nama Malaysia, khususnya Kuala Lumpur dalam sektor pelancongan menerusi  laman web rasmi kelab Chelsea.
“Ini adalah kali keempat MAS menaja penerbangan sebuah kelab bola  sepak terkemuka dalam Liga Perdana England. Sebelum ini kami juga pernah  menjadi syarikat penerbangan rasmi kelab Manchester United pada 2001,  2005 dan 2007.“Saya yakin, pelantikan kami sebagai syarikat penerbangan rasmi kelab  Chelsea tahun ini mampu mempromosikan lagi nama Malaysia, terutamanya  nama Kuala Lumpur dalam laman web rasmi kelab ini,” kata Tengku Azmil  pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut  semalam. 
Selain itu, MAS turut memperkenalkan pakej menarik kepada peminat The  Blues di rantau ini yang ingin datang melihat kelibat pemain idola  mereka itu sepanjang Jelajah Asia yang akan bermula 17 Julai ini.
“Kami turut memperkenalkan pakej menarik kepada peminat Chelsea di  rantau ini dan kami akan teruskan pakej seperti ini dalam usaha  mempromosikan sukan pelancongan.“Malah, kami juga menyusun beberapa aktiviti menarik sepanjang  kedatangan mereka ke Malaysia. Kami akan mengumumkannya tidak lama lagi,  jadi jangan melepaskan peluang menyaksikan mereka secara dekat,”  ujarnya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah setiausaha agung Persatuan  Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, naib presiden eksekutif  strategi pengiklanan MAS, Datuk Dr. Amin Khan, ketua pegawai eksekutif  Pro Event Group, Julian Kam serta pengarah urusannya, San Boon Wah.MAS akan menaja penerbangan Chelsea dari London ke beberapa buah  bandaraya di Asia yang terlibat dalam jelajah ini iaitu Kuala Lumpur,  Bangkok dan Hong Kong. 
Dalam Jelajah Asia di Kuala Lumpur, skuad kendalian Andres  Villas-Boas itu akan turun beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan  skuad Olimpik Malaysia bimbingan Ong Kim Swee di Stadium Nasional Bukit  Jalil, 21 Julai ini pada pukul 8.45 malam.[kosmo]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan