KEMARAAAN skuad bola sepak kebangsaan ke pusingan kedua Kelayakan  Piala Dunia 2014 memaksa perubahan terpaksa dilakukan untuk aksi  persahabatan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea pada 21 Julai  depan, lapor WAN FAKHRUL BAKAR. Pada asalnya, skuad kebangsaan  bimbingan Datuk K. Rajagobal dijadual untuk berdepan tiga kelab gergasi  England iaitu Arsenal (13 Julai), Liverpool (16 Julai) dan Chelsea pada  21 Julai.
Namun skuad Rajagobal itu hanya akan turun menentang Arse- nal dan  Liverpool kerana jadual perlawanan menentang Chelsea kebetulan hanya dua  hari sebelum aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang  Singapura pada 23 Julai. Sebagai alternatif, tugas untuk berdepan skuad  Chelsea bimbingan pengurus baru, Andre Villas- Boas bakal digalas oleh  skuad Olimpik negara iaitu Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee.
Menurut Kim Swee, beliau akan menggabungkan barisan pemain Harimau  Muda A dengan beberapa pemain bintang Liga Super yang tidak disenaraikan  dalam skuad kebangsaan kendalian Rajagobal."Sudah tentu beberapa pemain  utama skuad Olimpik seperti Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli  Shas, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Ahmad Fakri Saa- rani tidak dapat  beraksi kerana mereka ada tugas penting bersama skuad kebangsaan.
"Jadi saya akan menggunakan pemain Harimau Muda A yang lain dan  dibantu antara empat hingga enam pemain luar dari pasukan Liga Super  untuk mengisi mana-mana posisi yang perlu," katanya ketika dihubungi  Kosmo! semalam. Ia sekali gus bakal membuka ruang buat beberapa pemain  senior seperti Amri Yahyah (Selangor), Badhri Radzi (Kelantan), Abdul  Manaf Mamat (Terengganu), Indra Putra Mahayuddin (T- Team) serta  pemain-pemain lain merasai peluang berdepan Petr Cech, Ashley Cole, John  Terry, Frank Lampard, David Luiz dan Fernando Torres.
Bagi Kim Swee, 41, sendiri, beliau turut berasa bertuah dapat  mengendalikan pasukan yang akan bertemu kelab sebesar Chelsea yang kini  dibimbing Villas- Boas yang baru berusia 33 tahun. "Selain para pemain  muda kita dapat pengalaman bertemu bintang-bintang dunia, bagi kami di  pihak tenaga kejurulatihan, ia penting untuk kami mempelajari sesuatu.  "Ketika bergelar pemain, saya sekali berpeluang menentang kelab Brazil,  Flamengo di Stadium Shah Alam pada 1994," ujarnya. Harimau Muda A yang  bakal menamatkan saingan Liga Super bertemu Johor FC malam esok akan  berlepas ke Slovakia penghujung bulan ini bagi latihan dan aksi  persahabatan selama sebulan sebagai persiapan menghadapi pusingan ketiga  Kelayakan Olimpik 2012.[kosmo]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan