PENGURUS baru Chelsea, Andre  Villas-Boas berjanji akan menurunkan  kesemua pemain bintangnya pada perlawanan persahabatan dengan skuad  pilihan Malaysia, Khamis ini, sekali gus menyajikan satu lagi aksi  menarik kelab Liga Perdana Inggeris selepas Arsenal dan Liverpool minggu  lalu.Pengendali kelahiran Portugal itu tiba di Kuala Lumpur semalam  bersama skuad 26 pemain, antaranya penyerang, Fernando Torres, Nicolas  Anelka, pemain tengah Frank Lampard dan kapten John Terry.
Villas-Boas  yang berusia 33 tahun - sebaya dengan Lampard nyata amat gembira dapat  bersama skuad the Blues ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011  meskipun kelabnya ketika ini turut sibuk dengan urusan jual beli pemain  sebelum jendela perpindahan pemain berakhir 31 Ogos ini.“Kami gembira dapat berkongsi pengalaman dengan anda di sini. Jelajah  ini penting untuk kami menjaga pasaran di Asia kerana kami memiliki  ramai peminat di Asia.
“Ia bukan sesuatu yang baru buat  pasukan ternama Eropah mengadakan jelajah ke luar negara, bukan saja  untuk menghargai sokongan peminat di luar sebaliknya untuk kami  berkumpul bersama. Tempoh 15 hari Jelajah Asia ini penting untuk kami  tidak kira anda pergi ke Asia, Eropah atau Amerika, ia tetap penting  untuk mendekati peminat yang memberi sokongan padu kepada anda,” katanya  yang ditemui pada sidang media Jelajah Asia Chelsea 2011.Turut  hadir pada majlis itu, jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee yang  diberi tanggung jawab mengendalikan skuad pilihan Malaysia, Lampard dan  Branislav Ivanovic.
Sebelum memulakan Jelajah Asia mereka, the Blues, juara empat kali  liga dan menamatkan kempen musim lalu di tangga kedua terlebih dulu  diuji dalam perlawanan persahabatan pra musim dengan menewaskan  Portsmouth 1-0 Sabtu lalu.Dan bagi perlawanan dengan Malaysia  di Stadium Nasional Bukit Jalil, Villas-Boas yang mengambil alih tempat  Carlo Ancelotti tanpa berselindung menyatakan akan menggunakan strategi  sama dengan menurunkan dua pasukan yang berbeza pada setiap babak.
“Kami akan terus menggunakan pendekatan sama seperti dalam perlawanan  pertama dengan menurunkan dua pasukan berbeza untuk setiap 45 minit  permainan seperti yang kami gunakan ketika menentang Wycombe dan  Portsmouth.“Kami cuba untuk membentuk corak permainan baru  dan mengumpul semua idea. Saya berharap pada 7 Ogos ini, kami sudah  bersedia untuk menentang Stoke City (perlawanan pertama liga),” kata  bekas jurulatih Porto itu.
Sebelum ini Chelsea bertandang ke  Kuala Lumpur pada 2003 bagi Piala Barclays Asia 2003 dan Jelajah Asia  2008. The Blues menang kedua-dua pertemuan, menewaskan Malaysia dengan  keputusan 4-1 dan 2-0.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan