SEMANGAT Chelsea yang mengalir dalam darahnya serta dianggap wira  sejati di kalangan peminat menjadikan John Terry (gambar) kapten Chelsea  paling berjaya dalam sejarah kelab itu dan ramai menganggap dia  pertahanan tengah paling berjaya pada masa ini.Menerusi kehebatannya membaca rentak permainan, penguasaan teknik  yang hebat dan aksi seimbang menjadikannya lebih daripada sekadar  seorang pertahanan.Terry yang dilahirkan di London, menyertai  Chelsea sejak berusia 14 tahun dan pemain yang bertubuh kecil ketika itu  memegang posisi tengah.
Selepas menyertai bek tengah skuad remaja pada satu hari, akibat  kekurangan pilihan, dia tidak menoleh lagi apatah lagi dibantu dengan   keadaan fizikalnya yang semakin membesar.Tempoh pinjaman bersama Nottingham Forest untuk jangka masa pendek  tetapi berjaya, membantu proses kematangannya dan selepas bergandingan  dengan pemain seperti Marcel Desailly dan Frank Leboeuf, dia terpilih  sebagai Pemain Terbaik Tahunan Chelsea, dua musim selepas mula bersama  pasukan itu.
Dia mengambil alih gelaran kapten daripada Desailly pada 2004 dan  membawa kelab itu meraih kejayaan pada tahun pertama dia menyarung ikat  lengan itu.Malah kejayaannya menjulang Piala Liga, menjadikan  Terry sebagai seorang daripada empat kapten Chelsea meraih penghormatan  tertinggi dan memainkan peranan penting pada musim 2004/05 dengan aksi  bertaraf dunia dengan empat gol penting.Dia dipilih sebagai Pemain Tahunan PFA di kalangan pemain profesional, iaitu pemain Chelsea pertama memenangi anugerah itu. 
Prestasi  konsisten Terry berterusan pada musim 2005/06 sehinggalah kecederaan  pada minggu akhir mencacatkan peluang untuk beraksi sepenuhnya musim itu  dan menjulang trofi itu buat kali kedua.Dia menjaringkan tujuh gol dalam semua kejohanan dan terpilih sebagai Pemain Tahunan Chelsea buat tahun kedua.Biarpun  membuat lebih 300 penampilan kelab, musim 2006/07 bagaimanapun dicemari  kecederaan berpanjangan dengan masalah tulang belakang yang mengambil  masa untuk kembali pulih.
Dia kemudiannya kembali dan berjuang untuk menjulang Piala FA di stadium baru Wembley.Masalah  kecederaan mengehadkan penampilannya kepada hanya 37 berbanding 62 pada  musim 2007/08, membabitkan kecederaan lutut, pipi, kaki dan siku dan  pernah dianggap bekas pengurus Avram Grant sebagai bionik tetapi masih  memberi arahan di Moscow ketika Chelsea beraksi buat pertama kali di  final Liga Juara-Juara.
Terry segera bangkit pada musim 2008/09  untuk memimpin pasukan dalam era baru di bawah kendalian Luiz Felipe  Scolari dan Guus Hiddink, tetapi prestasinya masih tidak terjejas.Aksi  terhebatnya dalam kempen itu ialah permainan sempurna di Camp Nou,  mencatat seri tanpa jaringan dengan menyekat Barcelona yang tidak pernah  ketandusan jaringan sepanjang musim itu.Biarpun ketinggalan  dalam perlumbaan merebut gelaran liga pada awal Februari, Terry masih  mampu menjulang kejuaraan apabila menjadi kapten pasukan yang menjuarai  Piala FA buat kali kedua.  
Musim 2009/10 menjadi satu lagi musim konsisten buat Terry apabila menjadi kapten Chelsea pertama menjulang gelaran berganda.Kekalahan  di Eastlands, Disember 2009 cukup melukakan begitu juga dengan  kesilapan yang membolehkan Everton seri di Stamford Bridge seminggu  kemudian diikuti pendedahan masalah peribadinya dan prestasinya, Januari  2010.
Selepas menjulang trofi Liga Perdana Inggeris ketiga, dia turut mengulanginya 
dengan Piala FA selepas kecederaan metatarsal yang dialaminya sembuh dan hampir menjaringkan gol menerusi tandukan ke palang.Musim  keduanya bersama Carlo Ancelotti mencerminkan prestasi Chelsea yang  menjunam yang bermula November lalu dan berterusan hingga ke tahun baru,  biarpun prestasi Terry dikatakan tidak terjejas.
Kecederaan saraf menyebabkannya tidak beraksi November lalu, selain kepincangan pertahanan dikesan ketika menentang Sunderland tetapi Chelsea masih boleh berbangga dengan rekod pertahanan menjelang sepertiga terakhir musim ini dan Terry juga mempunyai sebab untuk berbuat demikian.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan