Penjaga gol Chelsea, Petr Cech percaya Roman Abramovich memecat pengurus  pasukan kerana tiada antara mereka dapat mendekati kemampuan Jose  Mourinho. Penjaga gawang berasal dari Republik Czech itu sudah beraksi di  bawah enam pengendali berbeza sebelum The Blues melantik Andre  Villas-Boas,baru-baru ini.Dia kini berharap lelaki baru itu dapat menepati tahap tinggi dilakar Mourinho yang memenangi dua kejuaraan liga, satu Piala FA sebelum dia  dipecatoleh pemilik Russia itu pada September 2007.
“Enam pengurus dilantik sejak saya menyertai dan selain Jose yang  membimbing pasukan tiga setengah tahun, tiada siapa yang berjaya  bertahan lebih lama daripada tempoh itu. “Falasafah di Chelsea adalah mereka menukar pengurus apabila mereka melihat tiada jalan penyelesaian terdekat. “Semua pengurus ada falasafah masing-masing. Ada kalanya ia berfungsi tapi ada kalanya tidak. 
“Tapi Jose sudah meletakkan satu tanda aras baik dan mereka semua cuba mengikut jejak langkah itu atau pun lebih baik.     “Banyak pasukan menyudahkan musim tanpa trofi dan mereka masih menyebut menyudahkan satu musim yang baik [sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan