16 September 2012

QPR 0 Chelsea 0 - Anton terlalu angkuh


Perseteruan antara Kapten Chelsea, John Terry dengan pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand terus menjadi perhatian apabila Ferdinand enggan bersalaman dengan Terry sebelum perlawanan di Stadium Loftus Road, malam tadi.

Dengan situasi itu, peminat merasakan Ferdinand masih berdendam dengan Terry meskipun pemain Chelsea tersebut didapati tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadapnya.

Sebelum ini, provokasi Ferdinand terhadap Terry pada perlawanan liga Oktober tahun lalu dikatakan menjadi titik permulaan kepada perbalahan kedua-dua pemain tersebut.

Ferdinand menimbulkan kemarahan Terry selepas berkata: ”Awak tiduri teman wanita kawan baik awak."

Kata-kata itu mendorong Terry mengeluarkan penghinaan berbaur perkauman terhadap bek QPR itu dan ia sempat dirakam kamera televisyen.

Selain Terry, Ferdinand juga dikatakan enggan bersalaman dengan Ashley Cole setelah mereka terlibat dalam pergaduhan sebelum ini.

Ferdinand dalam Twitternya melabel Cole sebagai 'Choc Ice' ungkapan membawa maksud lelaki berkulit hitam yang merasa dirinya berkulit putih.

Sementara itu, Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo berkata: "Semua orang pada masa itu hanya memberi tumpuan kepada bola."

"Dan sudah tentu ada emosi dan tekanan dalam diri pemain. Apa-apa pun, bagi saya kedua-dua pemain menunjukkan sikap profesional," katanya lagi.

Dalam perlawanan tersebut, pendahulu liga, Chelsea gagal meneruskan rentak kemenangan apabila diikat 0-0 oleh Queen Park Rangers di Loftus Road.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...