27 September 2012

Chelsea buat keputusan tepat senaraikan Terry

Chelsea membuat keputusan yang tepat apabila menyenaraikan kapten, John Terry ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 6-0 pada aksi pusingan ketiga Piala Liga awal pagi semalam. 


Terry tetap disenaraikan meskipun dia tidak menyertai kem latihan pasukan itu kerana terpaksa mengikuti proses perbicaraan bersama Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ke atas pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand, Oktober lalu. 

"Kami menemui Terry untuk mengetahui apa yang sedang bermain difikirannya. Dia sangat positif dan teruja untuk bermain," kata Penolong pengurus Chelsea, Eddie Newton. "Terry sentiasa bersemangat untuk bermain. 

Dia dalam keadaan baik, berjaya menangani situasi itu dengan baik dan tidak ada masalah dengan proses pemilihan. "Kami mahu Terry bermain. Kami menerima panggilan yang memberitahu dia dalam perjalanan dari Stadium Wembley dan ia adalah satu keputusan yang tepat. 

Ia juga adalah perkara yang positif untuk kelab apabila dia bermain selama 90 minit bersama pasukan." Newton berkata, juara bertahan Liga Juara-Juara dan pendahulu Liga Perdana England tersebut tidak bimbang dengan prestasi bekas ketua pasukan England itu untuk beraksi meskipun dia tidak mengikuti latihan minggu ini. 

"Dia telah beraksi dalam banyak perlawanan, dia memiliki banyak pengalaman. Sebagai pemain senior, perkara yang perlu di- utamakan ialah tahap kesihatan fizikalnya," jelas Newton. Terry yang dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada Julai lalu mengumumkan kelmarin bahawa dia akan bersara daripada skuad antarabangsa England. 

Pemain berusia 31 tahun itu membuat keputusan tersebut kerana menganggap kedudukannya dalam pasukan tidak dapat disela- matkan lagi gara-gara siasatan FA England terhadap kes tersebut. Ketua komunikasi Chelsea melarang Newton mengulas mengenai kes pendengaran Terry tetapi dia diberi kebenaran untuk bercakap mengenai situasi bersama kelab dan negara. 

"Bagi semua pemain profesional, keputusan untuk bersama kelab atau negara ditentukan oleh faktor fizi- kal, ia bergantung kepada usia dan tahap kecergasannya. "Jika mereka mahu terus beraksi pada tahap yang tinggi terutamanya bersama kelab, ia bergantung kepada keputusan pemain itu sendiri," tambahnya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...