28 September 2012

Terry kekal positif

Penolong jurulatih Chelsea, Eddie Newton yakin yang kapten, John Terry kekal positif untuk mengharungi saingan musim ini.


Newton menyuarakan keyakinan itu meskipun Terry sedang menghadapi siasatan berhubung dakwaan melemparkan kata-kata berbaur perkauman daripada Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Terry, 31, yang tidak mengaku bersalah berjaya membantu Chelsea membelasah Wolverhampton Wanderers 6-0 pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Newton berkata, Terry tetap tenang meskipun kes perkauman bersama tonggak pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdi- nand sedang didengar di mahkamah.

"Terry memberitahu pengurus, Roberto Di Matteo bahawa emosinya masih terkawal."Keadaan Terry seperti biasa. Dia memberitahu kami bahawa dia mampu mengendalikan situasi itu dengan baik.

"Buat masa ini, Terry cukup positif dan yakin dengan apa yang berlaku," kata Newton.Dalam pada itu, rakan sepasukan Terry iaitu Branislav Ivanovic mahu pemain itu bersedia sepenuhnya bagi menghadapi aksi Liga Perdana England menentang Arsenal di Stadium Emirates malam esok.

"Ini merupakan perlawanan yang cukup besar buat kami, jadi kami perlu mempamerkan aksi yang terbaik," kata Ivanovic.

Untuk rekod, Terry pernah melalui pengalaman yang sukar ketika berdepan Arsenal musim lalu.Terry tergelincir sehingga menyebabkan bekas penyerang skuad The Gunners, Robin van Persie berjaya meledak gol terakhir semasa Chelsea tewas 3-5.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...