29 September 2012

Taylor gesa Terry terima hukuman

Bekas pengurus England, Graham Taylormenggesa kapten Chelsea, John Terry supaya menerima penggantungan empat perlawanan kerana salah laku perkauman dan mengakhiri kontroversi yang menghantui bola sepak Inggeris hampir setahun lalu.


“Saya pernah menganggotai panel ini dan membuat keputusan dan semua yang terbabit melakukannya dengan jujur selain menerima pandangan penasihat undang-undang.

“Terpulang kepada John dan Chelsea untuk menerimanya namun saya fikir lebih bagus tamatkan semuanya,” katanya.

Pengerusi organisasi Kick It Out, Herman Ouseley berazam membasmi isu perkauman dalam bola sepak. “Ini bukan mengenai tindak balas. Ia mengenai bagaimana bola sepak terus berkembang selepas 11 bulan dibelenggu masalah ini,” tegasnya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...