24 September 2012

Pulis tuduh Ivanovic, Oscar 'berlakon'

Pengendali Stoke City, Tony Pulis mengecam tindakan Branislav Ivanovic dan Oscar selepas pemain berkenaan cuba mempengaruhi keputusan pengadil sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan di Stamford Bridge, kelmarin.


Pada pertembungan itu, Stoke tumpas 0-1 menerusi jaringan Ashley Cole lima minit sebelum perlawanan ditamatkan.

Pulis berkata, tindakan Ivanovic dan Oscar yang sengaja menjatuhkan badan di dalam kotak penalti mencemarkan imej bola sepak Inggeris dan layak digelar penipu.

"Saya sangat kecewa dengan lakonan Ivanovic dan Oscar. Tambah mengecewakan, apabila Chelsea memberi tekanan kepada pengadil supaya mengeluarkan keputusan memihak kepada mereka.

"Ada tiga atau empat pemain lebih berminat berlakon berbanding bermain bola sepak. Ini sangat mengganggu saya," katanya.

Insiden pertama membabitkan Ivanovic melayangkan badan untuk mendapatkan sepakan penalti. Manakala, insiden kedua membabitkan Oscar yang turut merebahkan badan di dalam kotak penalti Stoke, namun tindakannya itu mengundang padah apabila dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Michael Olivier.

"Lakonan Ivanovic sangat melucukan. Dia rebah ketika tiada sesiapa menyentuh kakinya. Manakala Oscar pula, saya tahu dia pemain yang bagus, tapi tindakannya itu menggambarkan dia tidak jujur.

"Anda tidak boleh duduk diam apabila ada pemain cuba menipu dan mempengaruhi pengadil," katanya.

Sementara itu, bos Chelsea, Roberto Di Matteo mempertahankan tindakan pemainnya dengan berkata: "Saya tidak fikir Oscar sengaja merebahkan badannya. Terdapat sentuhan, jadi layangan kad kuning diterimanya tidak wajar.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...