28 September 2012

Pemain QPR kecam ‘hukuman ringan’ ke atas Terry

RENTETAN hukuman digantung empat perlawanan dan denda ke atas John Terry, pemain tengah Queens Park Rangers (QPR), Joey Barton mengecam Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) bertindak tidak adil dan menyifatkannya sebagai “terlalu ringan” dan “bermain sandiwara.”


Malah, beliau menyifatkan hukuman FA ke atas Terry itu satu “gangguan.”"Saya tidak bersetuju dengan keputusan FA. Hukuman digantung empat perlawanan yang dikenakan ke atas Terry terlalu ringan berbanding dirinya digantung 12 perlawanan.

"Saya fikir keputusan itu tidak adil. Hukuman gantung 12 perlawanan untuk kelakuan ganas tapi hanya empat untuk kes Terry," kata Barton melalui akaun Twitternya.

Terry, 31, yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ke atas Anton Ferdinand pada saingan liga di Loftus Road, 23 Oktober tahun lalu digantung empat perlawanan dan didenda AS$356,000 (RM1,068,000) apabila didapati bersalah atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap pemain pertahanan QPR, sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris melibatkan kedua-dua pasukan.

Tambah Barton: "Apa sebenarnya sandiwara FA? Mereka seharusnya malu dengan membuat keputusan seperti itu.

"Dan seharusnya Terry mendapat hukuman lebih dari itu atau setimpal dengan apa yang saya dapat," kata pemain QPR yang dipinjamkan ke Marseille musim ini.

Sebelum ini, Barton turut digantung 12 perlawanan oleh FA selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan kelakuan ganas ketika persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan itu dibuat oleh panel tatatertib setelah mendapati Barton bersalah dalam isu pergaduhan dengan pemain Manchester City, Sergio Aguero dan Vincent Kompany selepas tidak berpuas hati apabila memperoleh kad merah.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...