11 September 2012

Lampard belum fikir bersara

Pemain tengah England, Frank Lampard tidak pernah terfikir untuk menamatkan karier bola sepak di peringkat antarabangsa.


Pemain tengah Chelsea itu akan meneruskan perjuangan meskipun dia dikecam hebat oleh para peminat England dan tidak beraksi pada Kejohanan Eropah tahun ini kerana mengalami kecederaan.

Lampard, 34, berpeluang untuk menjadi pemain tengah terhebat England apabila skuad The Three Lions menanti kunjungan Ukraine di Stadium Wembley pada aksi kelayakan Kumpulan H kempen Piala Dunia 2014 awal pagi esok.

Pada pertemuan menentang Moldova di Stadium Zimbru, Sabtu lalu, Lampard beraksi cemerlang selain menjaringkan dua gol untuk membantu England mencatat kemenangan 5-0.

Bagaimanapun, Lampard menegaskan bahawa dia masih belum puas dengan kehidupan di pentas antarabangsa.

"Saya berasa sangat bangga dengan karier saya bersama England," kata Lampard."Bersama England, masa depan para pemain tidak selalunya cerah terutama jika mereka menghampiri penampilan ke-100.

"Saya bangga dengan corak permainan, gol dan perlawanan yang saya sertai. Satu-satunya kekurangan, kami belum memenangi sebarang gelaran utama. Itu adalah matlamat utama kami selepas ini.

"Saya gembira kerana saya tidak perlu bersusah payah kerana saya dijangka menghadapi laluan yang mudah terutama apabila saya melepasi usia 30 tahun. Saya dibenarkan bersara bermula dari usia tersebut.

"Saya tidak pernah terfikir mengenai perkara itu. Sama ada saya bermain untuk satu atau 15 perlawanan lagi. Saya akan memikirkan mengenai orang lain yang bangga untuk mewakili negaranya dan memberikan sumbangan yang baik. Sekiranya mereka bercakap mengenai perkara itu, saya berasa gembira."

Lampard tidak beraksi pada Euro 2012 di Ukraine dan Poland kerana mengalami kecederaan tetapi dia tidak pernah terfikir bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk mengumumkan persaraan.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...