ASHLEY Cole akan terlepas perlawanan menentang Moldova pada pusingan kelayakan Piala Dunia, Jumaat ini.
Berikutan kecederaan buku lali yang dialaminya, pemain sayap kiri Chelsea yang berusia 31 tahun itu telah kembali ke kelab asalnya, England sejurus menyertai skuad Roy Hodgson.
Bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius dan hanya digambarkan sebagai kecederaan kecil.
Susulan kecederaan itu, dia akan dinilai semula pada Ahad ini sebelum beraksi menentang Ukraine pada 11 September ini.
Sementara itu, rakan sepasukannya John Terry merupakan pemain pertahanan dilaporkan akan menjalani latihan penuh yang dijadualkan bermula semalam.
Sebelum ini, latihannya telah terganggu berikutan ketegangan leher yang dialaminya baru-baru ini.Pengurus pasukan, Hodgson tidak memperkecilkan kemampuan pihak lawannya, Moldova.
"Pesanan saya kepada pemain-pemain supaya menganggap Moldova sebagai pasukan Brazil supaya mereka dapat menghasilkan satu prestasi yang cemerlang untuk meraih kemenangan," katanya.England akan bertemu Moldova di Stadium, Chisinau, Jumaat ini.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan