Kelab gergasi England, Chelsea dilaporkan sedia membida pemain tengah Everton, Marouane Fellaini pada Januari depan.
Laporan menyebut, kelab yang berpangkalan di barat London itu sedia membayar tunai RM124 juta bagi digandingkan bersama Frank Lampard dan John Obi Mikel.
Ia susulan tindakan pengurus Everton, David Moyes yang hanya mahu menjual pemain kelahiran Belgium itu pada harga 'munasabah'.
Jika The Blues berjaya mendapatkan khidmat Fellaini yang boleh beraksi sebagai penyerang tengah, ini bermakna penyandang juara Liga Juara-Juara itu memiliki ramai pemain di posisi berkenaan seperti Eden Hazard, Oscar, Juan Mata, Ramires, Victor Moses dan Marko Marin.
Bersama The Toffees, Fellaini meraih gelaran naib juara Piala FA pada 2009 dan dinobatkan Pemain Muda Terbaik musim 2008/09.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan