Persatuan Bola Sepak (FA) England menolak dakwaan pemain pertahanan
Chelsea, John Terry yang kononnya siasatan terhadap tuduhan perkauman
memaksa pemain terbabit bersara daripada arena antarabangsa.
Bekas ketua pasukan England berusia 31 tahun itu menamatkan kariernya
bersama skuad kebangsaan, Ahad lalu dengan alasan kedudukannya dalam
pasukan kebangsaan 'tidak dapat dipertahankan', ekoran tindakan FA yang
tetap mahu membicarakan kes tersebut.
Ketua pasukan Chelsea itu tetap dihadapkan ke tribunal FA atas
tuduhan perkauman terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers, Anton
Ferdinand, Oktober tahun lalu walaupun mahkamah telah membebaskan pemain
itu daripada tuduhan ke atasnya, Julai lalu.
Setiausaha Agung FA England, Alex Horne berkata, badan itu tidak bertanggungjawab atas keputusan Terry untuk bersara.
"Ia merupakan keputusan peribadi. Saya tidak nampak bagaimana kami menjadikan ia sebagai 'tidak dapat dipertahankan'.
"Sesuatu berlaku ketika perlawanan dan ia tidak sepatutnya selepas setahun untuk menyelesaikannya," katanya.
Jika didapati bersalah atas tuduhan perkauman ke atas Ferdinand,
Terry mungkin digantung lapan perlawanan, sama seperti yang dikenakan ke
atas pemain Liverpool, Luis Suarez musim lalu.
Dilahirkan di London, Terry, memiliki 78 cap sejak membuat kemunculan
pertama bersama skuad England pada 2003, termasuk beraksi dalam dua
Piala Dunia.
Sepanjang kariernya dicurahkan kepada Chelsea sejak menyertai kelab itu pada usia 14 tahun.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan