John Mikel Obi mengakui dia masih tidak tahu bilakah kemarau jaringannya selama lima tahun akan berakhir tetapi dia masih menjadi harapan pasukannya untuk mempertahankan kubu mereka.
Bercakap kepada penyokong menerusi Twitter, pemain tengah itu yang kali terakhir menjaringkan gol buat Chelsea pada akhir 2007 berkata dia agak tersinggung apabila orang ramai mengkritik betapa kurangnya jaringan daripada pemain itu.
“Memang saya terasa,” katanya. “Saya tidak berada dalam posisi untuk menjaringkan gol jadi saya tidak menjaringkan gol. “Itulah hakikatnya, saya sentiasa bertahan dan memastikan pergerakan pemain tidak terjejas.
“Apabila saya ke hadapan, tiada siapa akan melindungi saya. Saya harap ada orang yang akan melihatnya kerana saya tidak tahu bila gol itu akan datang.“Saya mungkin perlu mengubah sedikit posisi saya untuk menjaringkan gol.”
Mikel turut mendedahkan bahawa dia percaya pemain yang baru dibawa masuk musim ini akan memberi impak positif terhadap kelab itu.
“Mereka semua bagus. Pemain yang amat berbakat dengan cara yang berbeza,” katanya membalas Twitter seorang peminat.
“Semua orang bercakap mengenai Eden Hazard tetapi malangnya Marko Marin mengalami kecederaan. Oscar juga turut menyumbang.
“Hasil kerja sama dengan pemain terbabit, mereka berjaya membuktikan apa yang mampu dilakukan dalam masa singkat. Mereka adalah pemain baru yang hebat.”
“Victor Moses adalah pemain yang baik,” katanya. “Dia menyertai kami dan seorang yang agak pemalu tetapi dia akan membiasakan diri secara beransur-ansur.
“Dia seorang pemain yang hebat, pemain baru yang dapat membantu pasukan dan bila dia sudah membiasakan diri, dia akan buktikan apa yang boleh dilakukannya. Dia mempunyai skil yang hebat.”
Mikel turut mengakui rindukan sahabat baiknya, Salomon Kalou di Stamford Bridge dan berkata dia tidak menggantikannya dengan sahabat baik baru, biarpun Petr Cech dan Daniel Sturridge kini bersaing untuk gelaran pemain dengan pakaian paling teruk di Chelsea.
Mikel turut disoal seorang lagi peminat mengenai pesaing paling sengit dalam Liga Perdana Inggeris.
“Saya rasa pemain paling sukar pernah saya hadapi adalah Steven Gerrard,” katanya. “Saya rasa dia memang lasak, begitu juga dengan cara permainannya.
“Dia tidak akan memberi bola kepada anda, dia mempunyai skil dan teknik yang hebat. “Dia tidak takut melakukan terjahan dan dia sentiasa mara ke kubu lawan. Bagi saya dialah orangnya.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan