Pengerusi Liga Perdana Inggeris, Richard Scudamore menegaskan,  Chelsea dan Queens Park Rangers (QPR) tidak boleh mengelak daripada  rutin tradisi berjabat tangan sebelum memulakan permainan apabila mereka  bertemu minggu depan. 
Persatuan Bolasepak (FA) England sebelum ini bersetuju untuk  membatalkan rutin tersebut ketika kedua-dua pasukan itu bertemu pada  perlawanan Piala FA, Januari lalu. 
Tindakan tersebut adalah bagi mengelakkan pertahanan Chelsea, John  Terry daripada berdepan pemain QPR, Anton Ferdinand kerana kedua-kedua  pemain masih dalam perbicaraan selepas Terry didakwa melemparkan  kata-kata perkauman ke atas Ferdinand, Oktober lalu. 
Daripada laporan awal yang diterima, semua pemain QPR dikatakan  bercadang untuk tidak menyambut salam Terry, yang sehingga hari ini  menafikan telah membuat sebarang kesalahan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam saingan Liga Perdana di  Stamford Bridge pada 29 April ini dan Scudamore sedar terdapat potensi  bahawa pemain-pemain QPR akan bertindak untuk tidak mempedulikan Terry. 
Bagaimanapun beliau menegaskan, Liga Perdana sama sekali menentang  sebarang usaha untuk melupuskan rutin tradisi itu, malah beliau tidak  bercadang memberi pengecualian dalam perlawanan ini. 
"Bersalaman tidak bermakna, semua orang menyayangi atau menyukai semua orang yang lain."Berjabat tangan membawa makna, 'apa saja yang telah berlaku, sedang  berlaku dan akan berlaku selama 90 minit permainan sepatutnya berakhir  di situ, kita berada di sini untuk bermain bola sepak'.
"Ia tidak membawa simbolik yang tidak lebih daripada itu. Sebab  itulah pada pandangan kami, rutin tersebut mesti diteruskan,'' kata  Scudamore. -[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan