10 Mac 2012

Lampard punca Andre Villas-Boas dipecat

Akhirnya Andre Villas-Boas terpaksa bergelar bekas pengurus pasukan Chelsea. Pemecatan beliau jelas bukan kerana isu bola sepak tapi lebih kepada masalah peribadi dalam hubungannya dengan beberapa pemain senior.

Seorang pemain senior dikatakan menjadi kepala pemberontak dan seterusnya mengapi-apikan media di England.Media di England hampir keseluruhannya memerlukan isu besar atau berita sensasi untuk menghidupkan sebuah liga yang dibintangi ramai pemain asing musim ini. 

Pemecatan Steve Bruce dari Sunderland, Neil Warnock (QPR) dan Mick McCarthy (Wolves) dianggap kurang glamor buat mereka.

Dan pengurus terkenal dengan panggilan AVB yang diberi tanggung jawab membina sebuah pasukan baru di Chelsea mengalami sedikit masalah dengan pemain veteran, Frank Lampard (gambar).

Walaupun usia pemain dan pengurusnya hampir sama, pemain ini nyata tidak sebulu dengan beliau. Lampard beraksi dalam kesebelasan utama ketika Chelsea tewas kepada Arsenal (3-5), Liverpool (1-2) selain kecundang sekali lagi kepada Liverpool 0-2 dalam saingan Piala Carling di tempat sendiri. 

Di padang lawan pula mereka kalah kepada Manchester United (3-1), Everton (2-0), WBA (1-0) termasuk tewas 2-1 kepada Bayer Leverkusen dalam saingan Liga Juara-Juara.

Lampard bermula dari bangku simpanan dalam dua kemenangan penting ke atas Valencia (3-0) serta Bayer Leverkusen (2-0) di Stamford Bridge.

Musim ini, pemain itu menjaringkan gol ketika menentang pasukan kerdil seperti Blackburn Rovers, Bolton Wanderers, Wolves dan Norwich City.

Mengikut statistik, pemain ini sudah tidak mampu beraksi selama 90 minit dalam semua perlawanan. Oleh kerana itu Lampard digunakan ketika kecergasannya akan membuahkan hasil bagi Chelsea.

Dianggap sebagai pemain midfield yang konsisten menjaringkan gol kerana corak permainannya tertumpu kepada kecergasan serta kemampuannya berlari tanpa henti, usianya begaimanapun menjadi penghalang.

Malangnya, pemain ini tidak berani menerima kenyataan itu dan terus berpolitik hingga seorang pengurus muda yang dianggap antara terbaik di Eropah, disingkirkan.

Tambah pula apabila digandingkan bersama Didier Drogba, John Terry serta Ashley Cole, Chelsea turun padang dengan hanya sembilan pemain.

Hakikatnya, pemain berusia seperti Jamie Carragher dari Liverpool harus dijadikan ikutan kerana langsung tidak merungut dan sikap profesionalnya menjadi contoh di Anfield. Pemain legenda Manchester United, Ryan Giggs pula sedar yang dia tidak akan beraksi setiap perlawanan tapi sentiasa memberikan komitmen 100 peratus setiap kali turun ke padang.

Sekiranya, pakcik Frank Lampard, Harry Redknapp dilantik menjadi pengurus pasukan England ke Euro 2012, tidak memeranjatkan jika pemain itu tetap beraksi di Poland dan Ukraine.

Ada pepatah Inggeris yang berbunyi ‘Growing old is mandatory, growing up is optional’. Sepatutnya semua pemain harus berkelakuan seperti orang dewasa.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...