 Frank Lampard menganggap kegagalan Andre Villas-Boas di Chelsea  adalah kerana pengurus itu terlalu memberi perhatian kepada rancangan  masa panjang Chelsea sehinggakan mengabaikan kedudukan pasukan ketika  ini.
Frank Lampard menganggap kegagalan Andre Villas-Boas di Chelsea  adalah kerana pengurus itu terlalu memberi perhatian kepada rancangan  masa panjang Chelsea sehinggakan mengabaikan kedudukan pasukan ketika  ini.   Villas-Boas dipecat awal bulan ini berikutan kemerosotan prestasi  kelab itu dan hubungan dingin dengan beberapa pemain senior juga turut  menyumbang kepada kejatuhannya.
Sebagai salah seorang pemain paling tua yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama secara automatik apabila Villas-Boas dilihat mahu membentuk semula pasukan dengan Lampard secara terbuka mengakui tidak senang dengan tindakan pengendali dari Portugal itu.
   Dan pemain berusia 33 tahun itu berkata: “Rancangannya adalah  untuk jangka masa panjang. Namun dalam masa yang sama pasukan gagal  mendapat keputusan baik dan dari situlah masalah berlaku.
“Untuk berlaku adil kepada AVB, keputusan ini diputuskan oleh pihak kelab dan kami perlu maju ke depan dan berubah. Namun anda tidak boleh mengabaikan kedudukan kelab semata-mata memberi tumpuan kepada rancangan masa panjang.
Lampard mengakui dia memberitahu Villas-Boas pendapatnya mengenai keputusan itu dengan berkata: “Saya bukannya tidak menghormatinya. Saya cuma memberitahu bahawa saya sepatutnya bermain.
”     Dia menambah: “Saya memberitahu apa yang saya rasakan dan beliau  menerima dengan baik. Kenyataan bahawa kami tidak boleh berbincang  bersama adalah tidak benar.”    Lampard turut mendedahkan dia menghantar  mesej kepada  Villas-Boas selepas dipecat dan pengurus itu membalas  mesejnya.
   “Beliau berterima kasih kepada saya kerana menjadi pemain  profesional dan saya amat menghargai kata-katanya itu,” kata Lampard.[sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan