Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedia menawarkan kontrak selama  empat tahun kepada jurulatih Barcelona, Pep Guardiola untuk menjadi  pengurus baharu skuad The Blues itu.
Malah, Abramovich sanggup menawarkan kontrak bernilai £40 juta (RM195 juta) kepada Guardiola walaupun jurulatih The Catalan itu se- belum ini dilaporkan enggan meninggalkan Nou Camp.
Guardiola menerima gaji sebanyak £8 juta (RM39 juta) setahun dan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini.
Sumber dalaman The Blues memberitahu, jika Guardiola menerima  tawaran Abramovich, bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu bakal  menerima gaji paling tinggi di dunia iaitu £10 juta (RM49 juta) setahun.Pengurus Chelsea, Andre Villas- Boas yang dipecat sebelum ini sekadar menerima gaji sebanyak £4.5 juta (RM22 juta) setahun.
Chelsea juga terpaksa membayar bekas kelab Villas-Boas, FC Porto  sebanyak £13juta (RM63 juta) untuk melepaskan beliau musim lepas.
Jika Abramovich berjaya mendapatkan Guardiola, ini bermakna jutawan  Rusia itu telah mengeluarkan dana sebanyak £150 juta (RM731 juta) bagi  membayar khidmat pengurus sejak mengambil alih Chelsea sembilan tahun  lepas.
 Selain Villas-Boas, antara yang pernah menjadi pengurus Chelsea  sebelum ini ialah Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant, Luis  Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Carlo Ancelotti.[sumber] 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan