Kelab bola sepak dari China, Guizhou Renhe mengesahkan bahawa mereka  bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mendapatkan khidmat  tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand dan perancang  Chelsea, Frank Lampard.
Menurut laporan, kelab Liga Super China itu bersedia membayar gaji  kedua-dua pemain tersebut sebanyak £250,000 (RM1.22 juta) seminggu.
Tawaran itu dibuat sebagai salah satu langkah memastikan Ferdinand  dan Lampard meninggalkan saingan Liga Perdana England pada hujung musim  ini.
Pengerusi Guizhou, Wang Guolin berkata, beliau mahu pasukannya  memiliki barisan pemain terbaik sebagai persiapan menghadapi saingan  liga musim depan.
"Saya mahu pasukan saya menjadi yang terbaik di China. Sebab itu,  kami (Guizhou) bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan besar bagi  membawa masuk Ferdinand dan Lampard beraksi bersama kami.
"Semua orang di sini (China) menyaksikan perlawanan Liga Perdana  England dan tahu bahawa kedua-dua pemain tersebut adalah pemain  terbaik," kata Guolin.
Sementara itu, satu lagi kelab gergasi China, Shanghai Shenhua telah  menyuarakan minat bagi mendapat khidmat rakan sepasukan Lampard di  Chelsea, Didier Drogba.
Malah, Shenhua juga telah mengemukakan tawaran kepada Jose Mourinho sebagai jurulatih baharu kelab tersebut.
Jurulatih Real Madrid itu telah dijanjikan gaji selepas cukai sebanyak £300,000 (RM1.46 juta) seminggu.Bagaimanapun, Mourinho dijangka akan menolak tawaran tersebut kerana  beliau dilapor mahu terus kekal membimbing pasukan-pasukan di Eropah.[sumber] 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan